PAS HANYA MAHU TUNGGU DAN LIHAT KARENAH PAKATAN HARAPAN

PAS HANYA MAHU TUNGGU DAN LIHAT KARENAH PAKATAN HARAPAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS HANYA MAHU TUNGGU DAN LIHAT KARENAH PAKATAN HARAPAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS HANYA MAHU TUNGGU DAN LIHAT KARENAH PAKATAN HARAPAN
link : PAS HANYA MAHU TUNGGU DAN LIHAT KARENAH PAKATAN HARAPAN

Baca juga


PAS HANYA MAHU TUNGGU DAN LIHAT KARENAH PAKATAN HARAPAN

Tuduhan pakatan harapan terhadap PAS sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan sikap gabungan parti yang diketuai DAP itu tidak demokratik.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, pakatan harapan sengaja membentuk persepsi buruk demi mencapai matlamat politik mereka untuk jatuhkan parti Islam itu.

Katanya, sikap mereka itu hanya memburukkan negara jika ditakdirkan mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana ia telah pun ditunjukkan sebelum mereka berkuasa.

“Paling kelakar menuduh PAS, sekiranya BN menang PRU-14, semuanya berpunca daripada PAS kerana tidak mahu sertai pakatan harapan. Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini?

“Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baharu, kemudian sertai pakatan harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi PAS atau lawan di Kelantan. Selepas itu memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca kerana PAS berpakat dengan BN.

“Hakikatnya mereka yang me­awan kerusi tradisi Pas yang melawan UMNO. Mereka yang menjadi talian hayat UMNO-BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan?” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Idris berkata, PAS hanya akan tunggu dan lihat tindak-tanduk parti-parti dalam pakatan harapan.

“Pesan saya kepada pengikut PAS, sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada UMNO selepas kalah PRU-14. Kita kenal siapa mereka.

“Fitnah tidak bertahan lama, kerana mereka yang menyebar fitnah akan mati dan lemah ingatan. Kebenaran bertambah kukuh kerana akan ada penerusannya hingga kiamat,” katanya.


Demikianlah Artikel PAS HANYA MAHU TUNGGU DAN LIHAT KARENAH PAKATAN HARAPAN

Sekianlah artikel PAS HANYA MAHU TUNGGU DAN LIHAT KARENAH PAKATAN HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS HANYA MAHU TUNGGU DAN LIHAT KARENAH PAKATAN HARAPAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pas-hanya-mahu-tunggu-dan-lihat-karenah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :