PAS tolak Pakatan Harapan, tiada kerjasama politik dengan UMNO

PAS tolak Pakatan Harapan, tiada kerjasama politik dengan UMNO - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS tolak Pakatan Harapan, tiada kerjasama politik dengan UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS tolak Pakatan Harapan, tiada kerjasama politik dengan UMNO
link : PAS tolak Pakatan Harapan, tiada kerjasama politik dengan UMNO

Baca juga


PAS tolak Pakatan Harapan, tiada kerjasama politik dengan UMNO

KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ketiga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata ada pihak tertentu dalam Pakatan Harapan cuba menimbulkan isu kerjasama PAS dan UMNO, yang maklumat itu sebenarnya tidak tepat, dengan harapan PAS menyertai pakatan tersebut.

"Mereka berharap PAS menyertai Pakatan Harapan namun, kita tidak akan bersama Pakatan Harapan.

"Ini kerana prinsip-prinsip yang dibawa oleh PAS sering kali ditentang oleh beberapa kumpulan dalam pakatan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim juga membidas pemimpin tertentu dalam Pakatan Harapan yang menuduh PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRU14 termasuk berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi.

"Sebagai pemimpin, kalau kita percaya dengan maklumat yang dikutip di tepi jalan maka, tidak layaklah menjadi pemimpin.

"Sepatutnya mereka mendapatkan maklumat yang betul," katanya sambil menegaskan bahawa PAS tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan UMNO.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PAS tolak Pakatan Harapan, tiada kerjasama politik dengan UMNO

Sekianlah artikel PAS tolak Pakatan Harapan, tiada kerjasama politik dengan UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS tolak Pakatan Harapan, tiada kerjasama politik dengan UMNO dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pas-tolak-pakatan-harapan-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :