link : Pasangan Bawa Wang Tunai RM700,000 Naiki Pesawat Ditahan Kastam Di KLIA 2
Pasangan Bawa Wang Tunai RM700,000 Naiki Pesawat Ditahan Kastam Di KLIA 2
SEPANG - Sepasang suami isteri warga Thailand telah ditahan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) ketika di Balai Berlepas Antarabangsa, KLIA 2, kerana membawa wang tunai bernilai RM700,000 yang dijumpai di dalam bagasinya
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST), Datuk Zulkifli Yahya berkata, penahanan itu dibuat kerana pasangan tersebut telah gagal mengisytiharkan serta gagal mengemukakan ke atas mata wang Ringgit Malaysia (RM700,000) itu, katanya.
Pasangan terbabit yang masing-masing berusia 67 dan 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.15 pagi, pada Khamis lalu dan wang tunai berkenaan ditemui di dalam dua bagasi berlainan milik pasangan terbabit, katanya
Pihaknya juga masih lagi menyiasat tujuan pasangan terbabit yang membawa sejumlah wang dalam nilai yang besar dan siasatan itu dibuat untuk mencari maklumat sama ada mereka terbabit dalam kegiatan jenayah atau tidak.
Menurut beliau lagi, aktiviti mengimport dan mengeksport mata wang dari Malaysia adalah dibenarkan, tetapi ia tertakluk kepada pematuhan peruntukan undang-undang dan perintah yang berkuatkuasa, jelasnya.
Sementara itu, pihak Kastam juga turut menahan seorang lelaki warga Yaman berusia 35 tahun di Balai Ketibaan KLIA, Rabu lalu, lelaki terbabit didapati gagal mengisytihar sejumlah mata wang € 29,000 (RM140,380) yang ditemui dalam poket lelaki itu.
Katanya, sekiranya wang tunai atau Instrumen Boleh Niaga Pembawa (IBNP) yang diimport atau dieksport ke Malaysia yang melebihi USD 10,000 (RM42,980), perlulah diisytihar terlebih dahulu.
Beliau turtu menjelaskan, kesalahan ini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport atau mengeksport dari Malaysia barangan berupa Ringgit Malaysia tanpa kelulusan bertulis daripada Bank Negara Malaysia. - Sinar Harian
Demikianlah Artikel Pasangan Bawa Wang Tunai RM700,000 Naiki Pesawat Ditahan Kastam Di KLIA 2
Anda sekarang membaca artikel Pasangan Bawa Wang Tunai RM700,000 Naiki Pesawat Ditahan Kastam Di KLIA 2 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pasangan-bawa-wang-tunai-rm700000-naiki.html