Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf

Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf
link : Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf

Baca juga


Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim meminta maaf selepas menerima aduan berkaitan pendekatan sesetengah pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tidak disenangi.

Perkara itu dibangkitkan semasa dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) kementerian itu, apabila terdapat pegawai JKM didakwa masuk ke rumah kebajikan “macam koboi”.

“Saya minta kepada pegawai, jangan bawa masalah kita kepada client kita,” katanya dalam satu sesi di Kajang.

Dalam dialog itu, wakil Rumah Kebajikan Al-Fikrah Sungai Segamat meminta pegawai JKM yang berkunjung ke rumah kebajikan berbuat demikian dengan senyuman dan penuh keharmonian.

“Ada pegawai dari kementerian datang, seolah olah macam koboi. Berilah kita keharmonian. Orang tua tua yang kita jagakan pun perlu kasih sayang.

“Kita sebenarnya membantu kerajaan dan membantu masyarakat. Saya rasa terkilan apabila pegawai-pegawai ini datang minta periksa itu, periksa ini,” katanya.

Sementara seorang bekas pegawai JKM pula berkata ada sesuatu yang penting telah hilang daripada jabatan itu sekarang.

“Yang saya nampak JKM dia tak ada jiwa dan raga JKM,” katanya sambil disambut tepukan orang ramai.

Beliau juga mengkritik pengagihan bantuan yang menurutnya pihak yang sudah ada tempat tinggal dan makanan pun menerima dana JKM.

Sedangkan, dakwanya, pihak yang tiada apa-apa, tidak mendapat apa-apa.

“Mereka nak beli makanan pun tak mampu,” katanya.

Dialog bertajuk “Masyarakat Inklusitiviti” itu dihadiri kira-kira 1,000 peserta daripada lapan kumpulan sasar, termasuk orang kurang upaya (OKU), golongan wanita, kanak-kanak, warga emas, kumpulan khidmat awam, mangsa bencana alam dan golongan tidak berumah.

Sesi itu berlangsung lebih tiga jam dengan kira-kira 40 orang sempat menyampaikan pandangan.

Di penghujung dialog, Rohani mengumumkan dialog berasingan akan dibuat dengan setiap kumpulan sasar untuk lebih memahami keperluan masing-masing.

Putrajaya telah memulakan dialog TN50 sejak Januari lalu. Bagaimanapun, untuk kementerian Rohani, sesi hari ini adalah yang pertama.

Sumber: Malaysiakini

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf

Sekianlah artikel Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai JKM datang macam koboi, menteri minta maaf dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pegawai-jkm-datang-macam-koboi-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :