Pegawai kanan polis maut kemalangan

Pegawai kanan polis maut kemalangan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai kanan polis maut kemalangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai kanan polis maut kemalangan
link : Pegawai kanan polis maut kemalangan

Baca juga


Pegawai kanan polis maut kemalangan

IPOH: Hasrat seorang pegawai kanan polis untuk menyambut Ramadan pertama bersama keluarga hari ini tidak kesampaian apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar penghadang besi pada awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian jam 3.47 pagi di Kilometer 283.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan dekat sini, mangsa Deputi Superintendan (DSP) Madon Budin, 59, yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan patah tulang rusuk.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika ditemui pemberita berkata mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Vios itu dipercayai dalam perjalanan pulang untuk menyambut Ramadan bersama keluarga di Batu Caves, Selangor.

“Siasatan di lokasi mendapati kereta dipandu mangsa remuk di bahagian hadapan.

“Bagaimanapun setakat ini kita tidak dapat mengenal pasti kereta dipandu mangsa melanggar objek apa terlebih dahulu memandangkan tiada kesan ditemukan di tempat kejadian,” katanya di sini pada Sabtu.

Beliau turut memberitahu jenazah akan diserahkan kepada keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Lumpur-Karak selepas urusan bedah siasat selesai.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pegawai kanan polis maut kemalangan

Sekianlah artikel Pegawai kanan polis maut kemalangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai kanan polis maut kemalangan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pegawai-kanan-polis-maut-kemalangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :