Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar

Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar
link : Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar

Baca juga


Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Pahang akan menggerakkan 120 pegawainya untuk memeriksa premis jualan di bazar Ramadan bagi memastikan penjual mematuhi kualiti dan tahap kebersihan yang ditetapkan.

Pengarahnya Dr Sha’ari Ngadiman berkata pemeriksaan secara berkala itu melibatkan bazar terpilih di seluruh daerah di Pahang.

Katanya, jabatan tu juga telah memeriksa 100 premis makanan melibatkan pembekal bahan mentah, premis penyediaan makanan dan pembekal ais di seluruh Pahang sebelum bermulanya Ramadan dan dilakukan sekali lagi pada bulan puasa bagi memastikan mereka terus mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Selain itu, operasi pemantauan produk melepasi tarikh luput juga dirancang untuk dilakukan di semua pasar raya dan kedai runcit bagi melindungi kepentingan awam,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dr Sha’ari berkata jabatan itu juga akan melancarkan Program Bazar Bersih dan Selamat peringkat Negeri di Laman Kerayong, Bera dekat sini pada 2 Jun ini bagi meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang kepentingan memilih bazar yang bersih.

Beliau seterusnya mengingatkan penjual dan pengendali premis makanan supaya mematuhi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana kegagalan berbuat demikian membolehkan mereka dikenakan tindakan penguatkuasaan dan arahan penutupan.

“Orang ramai juga diminta memainkan peranan dengan memilih gerai yang bersih sebelum membeli juadah. Jika mereka melihat ada gerai yang tidak menjaga kebersihan, mereka boleh membuat aduan di pejabat kesihatan daerah.

“Kami mempunyai pegawai kesihatan persekitaran yang bertanggungjawab meninjau kebersihan premis makanan. Kerjasama ini amat dialu-alukan kerana orang awamlah yang lebih kerap berada di lapangan dan berhadapan dengan situasi ini,”katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar

Sekianlah artikel Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pegawai-kesihatan-pahang-pantau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :