Pelajar maut kereta terbabas ketika elak binatang

Pelajar maut kereta terbabas ketika elak binatang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar maut kereta terbabas ketika elak binatang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar maut kereta terbabas ketika elak binatang
link : Pelajar maut kereta terbabas ketika elak binatang

Baca juga


Pelajar maut kereta terbabas ketika elak binatang

KUANTAN: Seorang pelajar sebuah kolej swasta maut manakala seorang lagi cedera parah setelah kereta mereka naiki terbabas selepas dipercayai cuba mengelak daripada melanggar seekor binatang yang melintas dalam kejadian di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Penor di sini, pada Ahad.

Mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan itu Muhamad Norfitri Norizan, 20, berasal dari Kampung Sungai Melayu, Johor Bharu, meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata dalam kejadian 3 pagi itu, pemandu kereta itu Mohamad Fitri Ilham Rahiman, 20, dari Pasir Gudang, Johor Bharu masih tidak sedarkan diri dan kini sedang menerima rawatan di ICU, hospital berkenaan.

"Dua lagi rakan mereka, Ahmad Fariz Ar Azmi, 20, dari Skudai, Johor Bharu dan Haris Iskandar Hasim, 20, hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka di Pekan sebelum kereta Proton Satria dinaiki mereka terbabas melanggar tiang lampu, dipercayai selepas Mohamad Fitri cuba mengelak seekor binatang yang melintas jalan.

Kesemua mangsa kemudian dikeluarkan oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke HTAA untuk mendapatkan rawatan.

"Siasatan mendapati keadaan jalan gelap kerana tidak berlampu namun cuaca baik serta jalan kering," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pelajar maut kereta terbabas ketika elak binatang

Sekianlah artikel Pelajar maut kereta terbabas ketika elak binatang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar maut kereta terbabas ketika elak binatang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pelajar-maut-kereta-terbabas-ketika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :