Pemandu GrabCar Dapat Manfaat Menerusi MoU Perodua

Pemandu GrabCar Dapat Manfaat Menerusi MoU Perodua - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemandu GrabCar Dapat Manfaat Menerusi MoU Perodua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu GrabCar Dapat Manfaat Menerusi MoU Perodua
link : Pemandu GrabCar Dapat Manfaat Menerusi MoU Perodua

Baca juga


Pemandu GrabCar Dapat Manfaat Menerusi MoU Perodua

KUALA LUMPUR – Langkah Grab Malaysia memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) bakal memberi manfaat kepada para pemandu GrabCar menerusi penawaran perkhidmatan nilai tambah berkaitan.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata ini termasuk pengurangan tempoh pendaftaran GrabCar selain menjadi pusat sehenti khidmat penyelenggaraan dan alat ganti, pembaharuan insurans dan cukai jalan.

“MoU ini merupakan cabang baharu untuk Perodua kerana dapat mengetengahkan produk kami kepada pasaran berskala besar menerusi (platform) Grab,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perkhidmatan itu turut merangkumi faedah lain seperti pakej harga istimewa untuk model kenderaan seperti Bezza, Myvi dan Alza serta kadar sewa beli lebih kompetitif.

Sementara itu, Ketua Grab Malaysia Sean Goh berkata syarikat itu sentiasa mengenal pasti peluang kerjasama yang saling menguntungkan bagi mengurangkan kos pemanduan dan pemilikan kereta yang sememangnya menjadi antara kebimbangan utama.

“Kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan rakan pemandu dalam bidang-bidang seperti memperluaskan akses terhadap pilihan pengangkutan yang selamat, boleh dipercayai, cekap serta mampu untuk digunakan,” katanya.

Bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, Perodua berjaya menyerahkan sejumlah 64,600 unit kenderaan atau 35.4 peratus daripada keseluruhan bahagian pasaran industri dengan Axia mencatat 22,000 unit, Bezza (19,500 unit), Myvi (13,900 unit) dan Alza (9,300 unit). – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pemandu GrabCar Dapat Manfaat Menerusi MoU Perodua

Sekianlah artikel Pemandu GrabCar Dapat Manfaat Menerusi MoU Perodua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu GrabCar Dapat Manfaat Menerusi MoU Perodua dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pemandu-grabcar-dapat-manfaat-menerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :