link : Pemuda PBB Sambut Baik Rombakan Kabinet
Pemuda PBB Sambut Baik Rombakan Kabinet
KUCHING: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyambut baik rombakan kabinet yang diumumkan YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, semalam.
Barisan Kabinet baru yang berkuatkuasa hari ini adalah barisan yang mantap menggabungkan pemimpin berpengalaman dengan latar belakang yang pelbagai bagi mewakili pelbagai kaum di Sarawak.
Perlantikan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebagai Timbalan Ketua Menteri ketiga dan penyusunan semula beberapa kementerian yang turut ditukar nama akan memperkasakan lagi pentadbiran kerajaan negeri Sarawak dibawah kepimpinan YAB Ketua Menteri sekarang.
Manakala langkah meletakkan Kementerian Pelajaran dibawah kerajaan negeri menerusi pengwujudan Kementerian Pelajaran, Sains dan Teknologi Penyelidikan, dilihat akan memacu lagi bidang pendidikan di negeri Sarawak yang mempunyai keistimewaan tersendiri dari sudut geografi dan kepelbagaian etniknya.
Pada masa sama, pengwujudan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E dagang selari dengan visi YAB Datuk Amar Ketua Menteri yang mahu Sarawak menuju ke arah Ekonomi Digital
Pemuda juga berterimakasih kepada YAB Ketua Menteri Sarawak di atas perlantikan bekas Timbalan Ketua Pemuda PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan, serta perlantikan Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Snowdan Lawan sebagai Menteri Muda Belia dan Sukan.
Ia membuktikan keyakinan dan kepercayaan pucuk kepimpinan negeri terhadap keupayaan pemimpin muda di negeri ini sebagai pelapis kepimpinan negeri Sarawak pada masa akan datang
Malah dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah juga pernah menerajui kepimpinan pemuda di Sarawak. Ini membuktikan parti PBB sentiasa mempunyai perancangan tersusun dalam melatih dan mengiktiraf kepimpinan Pemuda
Pemuda juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik dalam Kabinet baru Sarawak berkuatkuasa hari ini, 7 Mei 2017
Pemuda yakin mereka yang dilantik ini akan dapat memberi khidmat terbaik untuk membawa Sarawak ke arah pertumbuhan ekonomi yang menyeluruh seperti dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 tahun lalu, dan ini seterusnya akan meletakkan Sarawak pada landasan pembangunan dalam tempoh yang lebih cepat.
Dato' Sri Fadillah Yusof
Pengerusi Pemuda BN merangkap Ketua Pemuda PBB
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pemuda PBB Sambut Baik Rombakan Kabinet
Sekianlah artikel Pemuda PBB Sambut Baik Rombakan Kabinet kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemuda PBB Sambut Baik Rombakan Kabinet dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pemuda-pbb-sambut-baik-rombakan-kabinet.html