Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal

Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal
link : Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal

Baca juga


Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal



KUALA LUMPUR – Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, yang sedang dalam misi untuk menakluk puncak Everest, diterbangkan dengan helikopter dalam pemindahan kecemasan ke sebuah hospital di Kathmandu, Nepal, setelah mengalami sakit dada yang teruk.

Semalam, beliau sepatutnya mendaki ke Camp 3 dan seterusnya ke kemuncak gunung tertinggi dunia itu dari Camp 4.

Menurut kenyataan itu, Lee, 69, mengalami sakit dada dan kesukaran bernafas, ketika berada di Camp 2 pada Khamis.

“Beliau mengalami sesak nafas dan terpaksa menggunakan oksigen pada waktu malam ketika tidur,” menurut kenyataan itu.

Sakit dada Lee semakin buruk pada keesokan harinya dan beliau tidak dapat berbaring untuk tidur disebabkan kesakitan pada perut.

Dalam percubaannya untuk mendaki Gunung Everest pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian itu pada peringkat akhir di Camp 3 pada ketinggian 7,200m, berikutan cuaca buruk. Gunung Everest adalah gunung tertinggi dunia, dengan ketinggian 8,848m.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah rakan media misi berkenaan, yang dikenali sebagai Ekspedisi Gunung Everest (MEE) Lion 2017, anjuran Lions Club Port Dickson Pantai.

Lee membawa dua mesej penting iaitu untuk memberi inspirasi kepada masyarakat di setiap peringkat umur supaya memanfaatkan kesihatan yang baik untuk terus aktif, dan menarik perhatian terhadap perlunya memelihara alam sekitar. – BERNAMA


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal

Sekianlah artikel Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pendaki-malaysia-masuk-hospital-di-nepal_22.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :