link : Penerima BR1M Bakal Dapat 'Duit Raya'
Penerima BR1M Bakal Dapat 'Duit Raya'
Idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mewujudkan BR1M selama ini nyata membantu ramai rakyat Malaysia menampung kehidupan. (Gambar: Twitter)
Berita baik buat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini. Bersempena sambutan Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun ini, kerajaan bersetuju supaya pembayaran peringkat kedua BR1M 2017 dibuat mulai 5 Jun 2017.
Menurut Kementerian Kewangan, pemberian BR1M itu diharap dapat membantu orang ramai membeli barangan keperluan dan persiapan menyambut Aidilfitri pada tahun ini. Kementerian Kewangan bagaimanapun mengingatkan pembayaran itu hanya melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 dalam peringkat pertama sebelum ini.
"Pembayaran BR1M 2017 peringkat kedua itu akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing," kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media, hari ini.
Tambahnya, penerima BR1M yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta emel kepada br1m@treasury.gov.my.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Penerima BR1M Bakal Dapat 'Duit Raya'
Anda sekarang membaca artikel Penerima BR1M Bakal Dapat 'Duit Raya' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/penerima-br1m-bakal-dapat-duit-raya.html