link : Pengarah KiniTV Dituduh Siar Video Jelik
Pengarah KiniTV Dituduh Siar Video Jelik
KUALA LUMPUR: Pengarah portal berita video KiniTV didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan, menghantar komunikasi jelik menerusi video bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengkritik Peguam Negara, Julai tahun lalu.
J Premesh Chandran bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.
Premesh Chandran selaku orang kena saman (OKS) didakwa atas dua pertuduhan, dengan sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain menerusi video yang mengkritik Tan Sri Apandi Ali.
Semua video itu dilihat di Jabatan Peguam Negara, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya, jam 10 pagi, pada 2 Ogos lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tuduhan, bagaimanapun peguam Fahri Azzat memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000 bagi semua tuduhan tanpa sebarang cagaran dan penjamin.
Hakim Zaman kemudian membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM2,000 bagi setiap tuduhan dan menetapkan 15 Jun ini bagi sebutan kes. BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pengarah KiniTV Dituduh Siar Video Jelik
Sekianlah artikel Pengarah KiniTV Dituduh Siar Video Jelik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengarah KiniTV Dituduh Siar Video Jelik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pengarah-kinitv-dituduh-siar-video-jelik.html