link : Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan
Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan
SABAK BERNAM - Beberapa menu makanan di Bazar Ramadan Sungai Besar mengalami kenaikan RM0.50 sen selepas kerajaan negeri melaksanakan pengharaman bekas polisterina awal tahun lalu.
Seorang peniaga bazar Ramadan, Nurul Natasha Rozali, 19, berkata, kos ditanggung kini meningkat gara-gara terpaksa menukar penggunaan polisterina kepada bekas makanan bahan organik.
“Peniaga terpaksa menanggung dua kali ganda harga kos berbanding sebelum ini dan keuntungan pula makin berkurangan,” katanya.
Bagaimanapun, Nurul Natasha berkata, hanya tiga daripada lebih 10 menu yang dijualnya di bazar itu mengalami kenaikan iaitu nasi ayam, nasi tomato dan nasi kukus yang sebelum ini dijual pada harga RM4.50 sebungkus.
“Kita terpaksa jual RM5 sebungkus dengan kenaikan RM0.50 sen setiap bungkus untuk dapatkan sedikit keuntungan. Namun kami beri jaminan, kuantiti nasi dan bahan di dalamnya yang kami jual kepada pelanggan masih sama seperti tahun lalu,” katanya.
Malah Nurul Natasha memberitahu, harga beberapa menu makanan lain masih kekal dan juadah nasi ambeng yang menjadi menu istimewa kebanyakan penduduk di Sungai Besar masih kekal berharga RM6 sebungkus.
“Kita tak naikkan makanan sesuka hati. Kalau tengok harga yang kami tawarkan masih berpatutan. Contohnya nasi ambeng yang kami jual masih RM6 dan ini adalah tahun ketiga harga makanan ini masih tak berubah,” katanya.
Minta fahami peniaga
Peniaga Roti John, Hirawati Ju Oi, 42, berkata, harga roti panjang telur yang dimasak di bazar itu masih kekal RM3.50 seperti tahun lalu.
Hirawati berkata, meskipun harga roti meningkat pada tahun ini, dia masih mengekalkan harga agar tidak naik pada tahun ini.
“Bila harga naik, pelanggan marah. Jadi tak apalah kalau dapat untung sikit, asalkan pelanggan terus kekal beli. Berniaga di kampung ni, tak boleh nak naik harga sesuka hati, nanti pelanggan lari,” katanya.
Bagi peniaga martabak pula, Siti Norbaizura Ahmad, 34, berkata, martabak inti ayam dan daging yang dijualnya di bazar itu masih pada harga lama sejak tiga tahun lalu.
“Ini tahun ketiga saya jual martabak RM3 sekeping. Sejak berniaga martabak 20 tahun lalu, harga makanan ini dulu dijual pada hanya RM1 dan kemudiannya naik sehingga RM3.
“Ramai kata peniaga cuba ambil kesempatan, tapi bayangkan dalam tempoh 20 tahun ini, harga martabak hanya naik RM2 sahaja,” katanya.
Siti Norbaizura berkata, kenaikan harga barang dan kos sara hidup antara punca utama kenaikan harga makanan di bazar Ramadan.
“Semua pihak perlu rasional dalam hal ini. Peniaga beli barang mentah pada harga tinggi, jadi bagaimana kami nak dapat pulang semula modal dan kos jika harga masih kekal sama. Mana ada peniaga yang tak mahu untung, tapi biarlah untung berpada-pada,” katanya.
Peniaga minuman, Muhammad Amin Selamat berkata, harga enam jenis air buah-buahan yang dijualnya masih harga sama seperti tahun lalu iaitu dijual pada harga RM3 sebungkus tanpa mengurangkan rasa dan kuantitinya.
“Saya rasa harga ini masih relevan dalam keadaan semasa dan buat masa sekarang, tiada sebarang kenaikan harga dibuat,” katanya.
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan
Sekianlah artikel Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pengharaman-bekas-polisterina-beri-kesan.html