Pengurusan Kes Saman Najib Terhadap Dr Ling Pada 31 Julai

Pengurusan Kes Saman Najib Terhadap Dr Ling Pada 31 Julai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengurusan Kes Saman Najib Terhadap Dr Ling Pada 31 Julai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengurusan Kes Saman Najib Terhadap Dr Ling Pada 31 Julai
link : Pengurusan Kes Saman Najib Terhadap Dr Ling Pada 31 Julai

Baca juga


Pengurusan Kes Saman Najib Terhadap Dr Ling Pada 31 Julai



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 31 Julai ini untuk pengurusan kes saman fitnah Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap perdana menteri itu yang disiarkan dalam sebuah artikel, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Nik Alia Hanafi mewakili Najib dan peguam Villie Nethi, bertindak bagi pihak Dr Ling.

Nik Alia berkata tarikh itu ditetapkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam dua rayuan kes membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen.

Katanya, rayuan itu berhubung isu locus standi iaitu sama ada individu yang dikatakan memegang jawatan awam boleh memfailkan saman fitnah atas kapasiti peribadi.

Nik Alia juga berkata permohonan Najib untuk membatalkan sebahagian daripada pernyataan pembelaan Dr Ling berhubung perlindungan bersyarat dan justifikasi masih belum didengar oleh mahkamah kerana menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam dua rayuan kes itu.

Najib menyaman Dr Ling pada 27 Okt 2015 dengan mendakwa bekas menteri pengangkutan itu menyiarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan menerusi artikel dalam sebuah portal berita.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa Dr Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan menerusi artikel dalam sebuah portal berita pada 3 Okt 2015.

Pada 18 Julai 2016, mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk mengetepikan afidavit bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang difailkan bagi menyokong permohonan Dr Ling untuk membatalkan saman perdana menteri.

-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pengurusan Kes Saman Najib Terhadap Dr Ling Pada 31 Julai

Sekianlah artikel Pengurusan Kes Saman Najib Terhadap Dr Ling Pada 31 Julai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengurusan Kes Saman Najib Terhadap Dr Ling Pada 31 Julai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pengurusan-kes-saman-najib-terhadap-dr.html

Subscribe to receive free email updates: