Peniaga Online Diberi Tempoh 6 Bulan Daftar SSM

Peniaga Online Diberi Tempoh 6 Bulan Daftar SSM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peniaga Online Diberi Tempoh 6 Bulan Daftar SSM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peniaga Online Diberi Tempoh 6 Bulan Daftar SSM
link : Peniaga Online Diberi Tempoh 6 Bulan Daftar SSM

Baca juga


Peniaga Online Diberi Tempoh 6 Bulan Daftar SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan semua peniaga dalam talian yang menjalankan perniagaan melalui pasaran dalam Internet atau menerusi syarikat e-dagang seperti Lazada, berdaftar dengan SSM dalam tempoh enam bulan akan datang.
Wajib Daftar SSM 2017

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata langkah berkenaan, yang turut menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, bertujuan melindungi pengguna daripada ditipu selain memberi jaminan kepada pembeli.

“Langkah ini dimulakan dengan peniaga dalam talian yang menjual produk atau barangan menerusi platform Lazada dan akan diperluaskan bagi pasaran dalam Internet antaranya Fashion Valet dan sebagainya.

“Usaha ini akan kita lakukan menerusi memorandum persefahaman dengan syarikat e-dagang yang ada di negara ini secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan zakat korporat SSM di sini, malam tadi.

Turut hadir anggota Parlimen Tangga Batu, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah serta Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh merangkap Pengerusi SSM.

Mengulas lanjut, Zahrah berkata SSM akan memberi tempoh selama 30 hari kepada peniaga untuk mendaftar dengan suruhanjaya itu.

Beliau berkata, syarikat e-dagang turut dikehendaki memantau pendaftaran peniaga yang bernaung di bawah perniagaan mereka, dan peniaga yang gagal berbuat demikian akan digugurkan daripada menyertai platform dalam talian tersebut.

“Peniaga yang tidak mendaftar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda RM50,000 atau kedua-dua sekali,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, SSM menyampaikan sumbangan zakat korporat SSM berjumlah RM70,000 kepada 250 golongan asnaf serta sumbangan kepada 12 masjid di kawasan Parlimen Tangga Batu.

BACA INI JUGA: Peniaga Online Wajib Papar Nama, Nombor Syarikat

sumber: utusan

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Peniaga Online Diberi Tempoh 6 Bulan Daftar SSM

Sekianlah artikel Peniaga Online Diberi Tempoh 6 Bulan Daftar SSM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peniaga Online Diberi Tempoh 6 Bulan Daftar SSM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/peniaga-online-diberi-tempoh-6-bulan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :