Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan

Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan
link : Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan

Baca juga


Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan

KUALA LUMPUR – Penjagaan dan kualiti kebersihan makanan di bazar-bazar Ramadan di sekitar ibu kota masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan bagi mengelakkan isu pencemaran dan keracunan makanan daripada berlaku.

Pengarah Eksekutif Pembangunan dan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ibrahim Yusoff berkata walaupun kesedaran dalam menjaga kebersihan makanan sudah wujud dalam kalangan penjaja, namun jumlah sampel makanan tercemar yang diambil masih mencatatkan jumlah yang tinggi.

“Pada tahun 2015, daripada 1,005 sampel makanan yang diambil, sebanyak 346 sampel atau 34.4 peratus didapati gagal menepati standard kebersihan makanan manakala pada tahun 2016, 229 (38.8 peratus) daripada 590 sampel makanan juga tercemar.

“Penjaja yang didapati melanggar standard ini akan dikenakan notis kompaun dan disenaraihitamkan oleh Jabatan Pelesenan dan Penjaja DBKL selain dilarang untuk berniaga di mana-mana bazar Ramadan pada tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada Program Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2017, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Norhayati Abdullah serta Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Sazali Harun.

Ibrahim berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 50 notis kompaun dikeluarkan kepada penjaja yang gagal menyediakan makanan bersih manakala sebanyak 59 notis kompaun dikeluarkan menerusi aktiviti pemantauan sanitasi di gerai-gerai bazar Ramadan.

“Tahun ini, sebanyak 840 sampel makanan akan diambil dari 14 tapak bazar Ramadan utama di Kuala Lumpur dan juga melibatkan pemeriksaan dari aspek sanitasi ke atas penjaja dan gerai mereka,” katanya.

Antara standard kebersihan yang ditetapkan oleh Unit Keselamatan Makanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL ialah mendapatkan suntikan anti tifoid, memakai apron, sarung tangan dan topi semasa menjual makanan serta menyediakan penyepit untuk mengambil makanan.

Sementara itu, Dr Norhayati berkata jabatannya menyasarkan penurunan sebanyak 20 peratus dalam keseluruhan jumlah sampel makanan tercemar pada tahun ini.

Beliau turut menggesa para pelanggan di bazar Ramadan agar segera menegur penjaja makanan yang tidak mengamalkan pengurusan pembersihan yang baik seperti berpakaian kotor, persekitaran tercemar dan sebagainya.

“Pelanggan juga harus menjaga kebersihan ketika membeli makanan khususnya tidak terus memegang makanan yang dihidangkan tanpa menggunakan senduk atau penyepit kerana tangan kita berisiko menyebarkan pelbagai jenis bakteria terhadap makanan,” katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan

Sekianlah artikel Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/penjaja-bazar-perlu-perbaiki-tahap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :