link : Pensyarah buat laporan polis terhadap Hannah
Pensyarah buat laporan polis terhadap Hannah
Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) membuat laporan polis terhadap Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Tseow Suan kerana bukunya yang bertajuk ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ dilihat cuba mempengaruhi rakyat Malaysia kepada agama Kristian.
Laporan dibuat di balai Polis Changlun sekitar jam 8.28 pagi tadi oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff sebagai tindak balas terhadap Hannah Yeoh yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung satu catatan di Facebook Kamarul sendiri pada 10 Mei lalu, bertajuk ‘Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP’.
Dr Kamarul Zaman mendakwa, buku terbitan Hannah Yeoh itu cuba memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang bukan Kristian supaya menjadi penganut atau cenderong kepada ajaran Kristian berdasarkan petikan dari Bible.
“Saya terkejut apabila buku itu mempunyai banyak cerita dan petikan daripada Bible dan saya rasa buku ini cuba memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang bukan Kristian untuk memeluk atau cenderung kepada agama Kristian,” katanya menerusi kenyataanya di sini, hari ini.
Katanya, Hannah Yeoh berkemungkinan melanggar undang-undang berhubung pengembangan Agama Bukan Islam di Selangor.
The post Pensyarah buat laporan polis terhadap Hannah appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pensyarah buat laporan polis terhadap Hannah
Anda sekarang membaca artikel Pensyarah buat laporan polis terhadap Hannah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pensyarah-buat-laporan-polis-terhadap.html