Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali!

Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali!
link : Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali!

Baca juga


Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali!

PENYANYI dari Korea Selatan yang popular dengan trend ‘Gangnam-Style’ dilihat sudah lama menyepi dari industri muzik membuatkan peminat tertanya-tanya ke mana hilangnya pemilik nama Psy ini.

Kali terakhir Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang, 40, muncul adalah ketika mempromosikan album ketujuhnya dengan single ‘Daddy’ dan ‘Napal Baji’.

Bagaimanapun, nampaknya penantian peminatnya sudah berakhir apabila semalam beliau memuat naik dua video muzik terbarunya bertajuk ‘I Luv It’ dan ‘New Face’ di mana dalam masa 20 jam, menyaksikan lebih 5 juta tontonan di YouTube lapor Soompi.

Menarik mengenai video muziknya itu apabila ia turut menampilkan barisan selebriti terkenal seperti Piko Taro ( PPAP), pelakon, Lee Byung Hyun (The Magnificent Seven) dan Naeun (kumpulan Apink).

Selain itu, beliau juga turut kembali dengan album kelapannya, ‘4×2=8’ yang menampilkan kolaborasi beliau bersama dengan artis-artis syarikat rakamannya, YG Entertaiment seperti  G-Dragon dan Taeyang daripada Big Bang, Lee Sung Kyung, B.i dan Bobby daripada iKon serta Tablo daripada Epik High.

Sementara itu, lagu ‘I Luv It’ nyata menepati sasaran apabila berjaya mendapat tempat teratas di kesemua carta muzik di Korea dan juga di Billboard.

Setakat ini, Psy merupakan artis paling dikenali di Korea Selatan berikutan kejayaan beliau mempopularkan tarian bentuk kuda untuk lagu ‘Gangnam-Style’nya itu.

The post Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali! appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali!

Sekianlah artikel Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/penyanyi-gangnam-style-kembali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :