Penyanyi Terkenal Jepun Hilang Pendengaran

Penyanyi Terkenal Jepun Hilang Pendengaran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyanyi Terkenal Jepun Hilang Pendengaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyanyi Terkenal Jepun Hilang Pendengaran
link : Penyanyi Terkenal Jepun Hilang Pendengaran

Baca juga


Penyanyi Terkenal Jepun Hilang Pendengaran


BINTANG pop Jepun, Ayumi Hamasaki disahkan sepenuhnya hilang pendengaran kedua-dua telinganya, dedah penyanyi itu menerusi blognya Team Ayu.

Ayumi artis solo Jepun yang pernah dinobatkan artis solo paling laris sepanjang zaman mengalami pekak di telinga kirinya sejak tahun 2008 dan berdepan situasi yang sama di telinga kanannya tahun ini.

Menurut Ayumi, 38 tahun, dia sering mengalami loya dan pening sebelum konsert jelajah tahun ini.

"Selepas pelbagai ujian pendengaran, saya dimaklumkan telinga kanan (yang telah mengimbangi pendengaran selepas telinga kirinya pekak) semakin lemah.

"Saya sering berasa pening. Saya tidak boleh berjalan dengan lurus dan sering muntah di dalam tandas ketika berada di studio latihan," tulisnya.

Penyanyi prolifik dan penghibur terkenal itu berkata, dia berasa kehilangan selepas mengetahui perkara itu.

"Saya masih tertanya-tanya, bagaimana sebagai penyanyi berdepan dengan masalah pendengaran. Saya berasa dunia saya gelap," katanya.

Masalah pada telinganya dikesan bermula dia mengalami demam dan jangkitan pada telinga ketika konsert jelajah 2000 Act I, namun dia tetap meneruskan siri jelajah selepas beberapa hari berada di hospital.

Doktor telah menasihatkannya untuk mengurangkan pendedahan terhadap bunyi yang kuat namun dia tetap tidak membatalkan atau menangguhkan siri jelajahnya.

Malah dia terus bekerja pada tahun-tahun selepas itu. Pada tahun 2008, dia disahkan pekak di telinga kirinya.

Menurut bintang pop Jepun itu, walaupun dia berdepan situasi sedemikian, dia berjanji akan terus melakukan persembahan. - Sinar Harian Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penyanyi Terkenal Jepun Hilang Pendengaran

Sekianlah artikel Penyanyi Terkenal Jepun Hilang Pendengaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyanyi Terkenal Jepun Hilang Pendengaran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/penyanyi-terkenal-jepun-hilang_26.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :