Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 7 Jun

Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 7 Jun - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 7 Jun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 7 Jun
link : Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 7 Jun

Baca juga


Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 7 Jun

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjutkan hingga 7 Jun depan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Beliau berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Dengan pelanjutan yang bermula esok itu, semua penduduk di kawasan terlibat diminta supaya berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan antara 6 petang hingga 6 pagi, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan serta pelancong yang melawat pulau-pulau peranginan," katanya.

Ramli berkata, berdasarkan siasatan, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

ESSZONE-PERINTAH BERKURUNG 2 (AKHIR) KOTA KINABALU

Menurutnya, perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang berada di kawasan daratan Esszone.

Perintah berkurung itu juga memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan di sekitar kawasan mereka, katanya.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah terlibat untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak melalui kawasan perintah berkurung," katanya.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 7 Jun

Sekianlah artikel Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 7 Jun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 7 Jun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :