link : Peristiwa Natrah bangkitkan kesedaran orang Melayu
Peristiwa Natrah bangkitkan kesedaran orang Melayu
Pernah menghasilkan buku 'Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata', beliau menyifatkan peristiwa Natrah satu takdir Tuhan untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu yang terlalu mengagungkan Barat.
Katanya, sebelum peristiwa itu, orang Melayu dianggap penjajah sebagai satu bangsa yang bodoh dan malas.
"Inilah takdir Allah yang sangat besar terhadap bangsa Melayu. Sekiranya Allah tidak hantar anak mat saleh (Natrah) itu, orang Melayu akan terus menerus memuja mat saleh, dan kita akan lambat lagi merdeka.
"Jadi apabila Allah hantar Natrah, dengan sendiri orang Melayu baru sedar, bahawa mereka telah menghina maruah dan harga diri mereka sendiri," katanya dalam pembentangan Natrah: Imbas Semula Selepas 67 Tahun diadakan di Wisma ITBM di Wangsa Maju di sini hari ini.
Fatini juga mempersoalkan sikap orang Melayu hari ini yang didakwanya kembali 'tidur' selepas bangkit mempertahankan Natrah 67 tahun yang lalu.
Program Pembentangan Natrah: Imbas Semula Selepas 67 Tahun itu dianjurkan bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar).
Turut hadir Pengerusi ITBM, Budiman Mohd. Zohdi dan Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khir Ngadiron
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Peristiwa Natrah bangkitkan kesedaran orang Melayu
Anda sekarang membaca artikel Peristiwa Natrah bangkitkan kesedaran orang Melayu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/peristiwa-natrah-bangkitkan-kesedaran.html