link : Pesawat Dinaiki 4 Rakyat Amerika Hilang di Bahamas
Pesawat Dinaiki 4 Rakyat Amerika Hilang di Bahamas
MIAMI: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) melakukan pencarian di Bahamas berikutan kehilangan sebuah pesawat kecil yang membawa empat penumpang dari New York.
Satu kenyataan Pengawal Pantai berkata, pusat kawalan trafik udara di sini terputus hubungan radar dan radio dengan pesawat dua enjin MU-2B di timur pulau Eleuthera.
Pesawat Pengawal Pantai menjalankan carian bersama Peronda Kastam dan Sempadan serta Pasukan Pertahanan Diraja Bahamas hari ini di kawasan sejauh 64 kilometer di timur Eleuthera.
Pesawat itu dalam perjalanan dari Puerto Rico ke bandar kecil di Titusville di pantai timur Florida apabila pihak berkuasa terputus hubungan.
Penumpang dikenal pasti sebagai Jennifer Blumin dan Nathan Ulrich dari New York bersama dua anak lelaki mereka berusia empat dan 10 tahun. - AP
BACA JUGA: Trend Bercerai Untuk Kahwin Bekas Kekasih Semakin Meningkat
Jangan lupa untuk LIKE Facebook BULETIN
Demikianlah Artikel Pesawat Dinaiki 4 Rakyat Amerika Hilang di Bahamas
Anda sekarang membaca artikel Pesawat Dinaiki 4 Rakyat Amerika Hilang di Bahamas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pesawat-dinaiki-4-rakyat-amerika-hilang.html