Piala AFC: JDT belum selesa

Piala AFC: JDT belum selesa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Piala AFC: JDT belum selesa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Piala AFC: JDT belum selesa
link : Piala AFC: JDT belum selesa

Baca juga


Piala AFC: JDT belum selesa

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) sekadar meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas kelab Filipina, Ceres–Negros FC, dalam separuh akhir pertama Piala AFC zon Asia Tenggara di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Misi skuad Harimau Selatan untuk mencari bekalan gol di Larkin bermula seperti dirancang apabila tonggak import, Gabriel Guerra, melakukan jaringan memukau pada minit ke-17.

Bagaimanapun, ia hanya menekan butang panik lawan, menyaksikan Ceres membalas dengan dua gol empat minit kemudian, bermula dengan tandukan padu Fernando Rodriguez pada minit ke-21 sebelum Bienvenido Maranon Morejon pula menggegar gawang tuan rumah.

Setelah ketinggalan 1-2, anak buah Benjamin Mora tidak mudah melatah, hasilnya jaringan penyamaan berjaya diledak sebelum tamat separuh masa pertama, berpunca daripada hantaran bijak Muhammad Fazly Mazlan yang disempurnakan Safiq Rahim.

Perlawanan pada separuh masa kedua terus sengit tetapi tuan rumah terlebih dahulu meraih gol tambahan pada minit ke-68 menerusi jaringan cantik Ahmad Hazwan Bakri.

Menuju ke penghujung perlawanan, bukan JDT sahaja menjana serangan, Ceres ikut sama mencari peluang untuk menyamakan kedudukan.

Tetapi keputusan 3-2 kekal memihak kepada JDT sehingga tamat, menyaksikan peluang seimbang buat kedua-dua pasukan dalam aksi timbal balik di Filipina nanti.

Selepas ini, Ceres yang memiliki dua gol di tempat lawan, akan melayan kunjungan JDT di Bacolod City pada 31 Mei, dengan sepak mula pada jam 7.30 malam.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Piala AFC: JDT belum selesa

Sekianlah artikel Piala AFC: JDT belum selesa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Piala AFC: JDT belum selesa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/piala-afc-jdt-belum-selesa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :