Piala FA: Penyokong Lang Merah bermalam depan kaunter tiket

Piala FA: Penyokong Lang Merah bermalam depan kaunter tiket - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Piala FA: Penyokong Lang Merah bermalam depan kaunter tiket, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Piala FA: Penyokong Lang Merah bermalam depan kaunter tiket
link : Piala FA: Penyokong Lang Merah bermalam depan kaunter tiket

Baca juga


Piala FA: Penyokong Lang Merah bermalam depan kaunter tiket

ALOR SETAR: Terdapat penyokong tegar skuad Lang Merah yang sanggup bermalam di depan kaunter tiket bagi memastikan mereka tidak berputih mata untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan final Piala FA antara Kedah dan Pahang di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

"Saya dan kawan-kawan saya tidur di atas tikar yang dihampar di hadapan pintu kaunter tiket. Kami bermalam sejak pukul 7 malam tadi. Kami akan pergi ke stadium Sabtu ini dan berharap Kedah akan menang 2-1," kata Ahmad Firdaus Baharom, 30, dari Gurun yang berkhemah di depan kaunter.

Dalam tinjauan pagi tadi, lebih 3,000 penyokong bersesak-sesak beratur dengan pelbagai ragam dan gaya sejak beberapa jam sebelum empat kaunter tiket di Stadium Darul Aman mula dibuka mulai 10 pagi.

Dan jualan tiket yang berharga RM50 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah hanya dihadkan sebanyak tiga keping bagi seorang pembeli.

"Saya berhasrat untuk membuat larian (dari Stadium Shah Alam ke Stadium Darulaman) buat kali ketiga sekiranya Kedah menang. Larian mungkin mengambil masa selama enam hari dan sekiranya tidak sempat, saya mungkin akan meneruskan larian pada bulan puasa," kata Nasir Abbas, 62, yang amat teruja dengan tiket tergenggam erat dalam tangannya.

Semasa final Piala Malaysia 2015, beliau melakukan larian selama 10 hari sejauh lebih 500 kilometer dari Shah Alam hingga Alor Setar, walaupun Kedah kalah kepada Selangor dalam perlawanan itu.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Shaharol Niza Omar berkata 12,000 tiket terjual dalam tempoh hampir dua jam sahaja.

"Satu kaunter tiket khas untuk penyokong wanita juga dibuka bagi memudahkan pembelian tiket dan keadaan adalah terkawal dengan bantuan pihak polis," katanya.

Pahang dan Kedah masing-masing menerima 32,000 keping tiket bagi penyokong dewasa manakala bagi kanak-kanak sebanyak 750 keping.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Piala FA: Penyokong Lang Merah bermalam depan kaunter tiket

Sekianlah artikel Piala FA: Penyokong Lang Merah bermalam depan kaunter tiket kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Piala FA: Penyokong Lang Merah bermalam depan kaunter tiket dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/piala-fa-penyokong-lang-merah-bermalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :