Pihak Berkuasa Digesa Cari Segera Individu Hina Umat Islam

Pihak Berkuasa Digesa Cari Segera Individu Hina Umat Islam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pihak Berkuasa Digesa Cari Segera Individu Hina Umat Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pihak Berkuasa Digesa Cari Segera Individu Hina Umat Islam
link : Pihak Berkuasa Digesa Cari Segera Individu Hina Umat Islam

Baca juga


Pihak Berkuasa Digesa Cari Segera Individu Hina Umat Islam

Sohaimi Shahadan menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap pemilik Facebook Anna Ong Iye Lung yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam di Facebooknya,

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap pemilik Facebook Anna Ong Iye Lung yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam di Facebooknya, semalam.
Difahamkan, status Facebook itu dikeluarkan sebagai respons kepada insiden pergaduhan jemaah sebuah masjid dengan seorang pemandu Toyota Camry yang tular di media sosial.
“Tindakan menggelar umat Islam sebagai pengganas tanpa meneliti kejadian sebenar adalah satu tindakan bukan saja biadab malah boleh membawa kepada perbalahan kaum atau agama.
“Beliau sepatutnya mengambil iktibar terhadap insiden sebelum ini membabitkan beberapa individu bukan Islam yang menghina umat Islam di Malaysia dengan perbuatan provokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Status Facebook tersebut mula tular di laman sosial di mana ia mendatangkan kemarahan kepada umat Islam di seluruh negara.
Sinar Online cuba mendapatkan maklum balas daripada pemilik akaun itu, bagaimanapun akaun tersebut telah ditutup sejak malam tadi.
Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan keadaan kecoh di sebuah masjid selepas solat Jumaat semalam.
Memetik kenyataan di laman Facebook Malaysian Response Team, video kekecohan itu dikatakan berlaku di Masjid Austin Perdana Johor Bahru.
Difahamkan, kekecohan timbul gara-gara tindakan pemilik sebuah kereta membunyikan hon ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

“Tindakan tegas perlu diambil dan perkara sebegini tidak boleh dibiarkan wujud demi keamanan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya lagi. – Sinar
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pihak Berkuasa Digesa Cari Segera Individu Hina Umat Islam

Sekianlah artikel Pihak Berkuasa Digesa Cari Segera Individu Hina Umat Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pihak Berkuasa Digesa Cari Segera Individu Hina Umat Islam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pihak-berkuasa-digesa-cari-segera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :