link : Pizza Hut akan naik taraf 221 restoran dalam tempoh dua tahun
Pizza Hut akan naik taraf 221 restoran dalam tempoh dua tahun
Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands, Merrill Pereyra berkata, Pizza Hut kini mempunyai hampir 400 outlet di seluruh negara.
"Setakat ini kami telah menaik taraf lebih 50 restoran dan kami juga akan menjalankan 100 peratus penambahbaikan aset di semua 221 restoran terbabit," katanya pada sidang akhbar selepas sambutan ulang tahun ke-35 di sini, pada Khamis.
Pereyra berkata, syarikat itu merancang untuk meningkatkan pengalaman menjamu selera di restorannya kerana segmen itu bukan sahaja perniagaan teras, tetapi juga menjadikan Pizza Hut lebih menonjol berbanding pesaingnya.Beliau enggan mendedahkan perbelanjaan modal untuk naik taraf itu, tetapi berkata, syarikat menyediakan peruntukan yang cukup untuk tujuan tersebut.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan pembukaan restoran baharu tahun ini, Pereyra berkata, dalam tempoh beberapa tahun akan datang syarikat itu merancang untuk menjenamakan semula Pizza Hut dan ia termasuk logo dan laman web baharu serta aplikasi mudah alih baharu.
Laman web itu dilancarkan pada 5 Mei dan kami sudah pun melihat hampir 100 peratus peningkatan dalam lawatan dan 150 peratus pertambahan pengguna baharu.
Penempatan tempahan di laman web yang baharu dibangunkan dan aplikasi mudah alih akan mencerminkan misi jenama Pizza Hut yang diperbaharui iaitu ''mudah dan lebih baik'', katanya.
Pereyra berkata, aplikasi mudah alih itu akan dilancarkan dalam tempoh tiga bulan lagi.
Sempena sambutan ulang tahunnya, Pizza Hut hari ini melancarkan ''''Cabaran 35 Gigitan'' di mana pengguna cuba menghabiskan pizza besar dengan 35 gigitan dalam tempoh 35 minit. Peraduan itu berakhir pada 13 Jun.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pizza Hut akan naik taraf 221 restoran dalam tempoh dua tahun
Anda sekarang membaca artikel Pizza Hut akan naik taraf 221 restoran dalam tempoh dua tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pizza-hut-akan-naik-taraf-221-restoran.html