link : PM hadir makan malam bersama komponen BN Zon 5
PM hadir makan malam bersama komponen BN Zon 5
SANDAKAN: Datuk Seri Najib Razak malam ini hadir majlis makan malam bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Zon 5, di sebuah hotel di sini.
Perdana Menteri yang diiringi Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman tiba kira-kira jam 8 malam.
Yang turut hadir ialah pemimpin komponen BN Sabah antaranya Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Teo Chee Kang; Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau dan Pengerusi MIC Sabah, Datuk V Jothi.
Sejurus tiba Perdana Menteri dibawa melihat pameran gambar bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua bersama isterinya, Toh Puan Rahah Noah, ketika melawat Sabah sekitar 1970-an.
Pagi esok, Najib dijadual hadir majlis ziarah di Kampung Sim-Sim sebelum merasmikan pelancaran program Ekspresi Negaraku di Padang Majlis Perbandaran Sandakan.
Selepas itu, Perdana Menteri akan merasmikan Projek Penaiktarafan Lapangan Terbang Sandakan di Lapangan Terbang Sandakan, kira-kira jam 11.30 pagi.
Najib dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sabah dengan pagi tadi merasmikan Program Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2017 di Kota Kinabalu.-BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel PM hadir makan malam bersama komponen BN Zon 5
Sekianlah artikel PM hadir makan malam bersama komponen BN Zon 5 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM hadir makan malam bersama komponen BN Zon 5 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pm-hadir-makan-malam-bersama-komponen.html