PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan

PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan
link : PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan

Baca juga


PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan golongan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna sepanjang Ramadan dengan mengaut keuntungan melampau.

Perdana Menteri menegaskan, agensi kerajaan akan memantau harga barangan dan makanan.

“Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Saya ingin mengingatkan para peniaga untuk tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna. Janganlah membuat keuntungan melampau.

“Patuhilah Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada setiap masa,” katanya menerusi akaun Twitter, malam ini.

Najib turut menzahirkan rasa bangga dengan perasmian Pusat Global Bagi Memerangi Ideologi Ekstremis di Mu’tamarat Nasiriyah ketika menghadiri Sidang Kemuncak Negara-negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat di Riyadh, Arab Saudi, Isnin lalu.

Beliau berkata, pusat tersebut yang dirasmikan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump adalah untuk menangani penyebaran ideologi ekstremis.

“Saya berasa bangga. Pusat ini hasil kerjasama antarabangsa dan Malaysia antara 10 negara yang memainkan peranan dalam penubuhan dan operasinya,” jelas beliau. - UTUSAN ONLINE


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan

Sekianlah artikel PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM ingatkan peniaga tidak ambil kesempatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pm-ingatkan-peniaga-tidak-ambil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :