link : Polis Bintulu Tahan Lelaki Edar Dadah Di Pusat Hiburan
Polis Bintulu Tahan Lelaki Edar Dadah Di Pusat Hiburan
BINTULU: Polis Bintulu menahan dua lelaki disebuah pusat komersil kerana disyaki pengedar dadah dan dipercayai aktif mengedar kepada pengunjung pusat hiburan di sekitar bandar ini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zailanni Amit berkata, dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan di hadapan sebuah pusat hiburan sekitar jam 10.50 malam tadi semasa sepasukan anggota polis menjalankan Ops Cantas.
Menurutnya, hasil pemeriksaan keatas kenderaan suspek mendapati 71 paket dadah jenis ketamin, 24 biji pil ektasi, sepaket syabu, tujuh paket serbuk dipercayai dadah dan 10 batang rokok yang mengandungi ganja.
"Hasil soal siasat polis terhadap suspek turut nembawa kepada rampasan 35 paket lagi serbuk dipercayai dadah di rumahnya di Taman Bintulu, Tanjung Batu," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Jelasnya, kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -Sarawakiana
Demikianlah Artikel Polis Bintulu Tahan Lelaki Edar Dadah Di Pusat Hiburan
Sekianlah artikel Polis Bintulu Tahan Lelaki Edar Dadah Di Pusat Hiburan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Bintulu Tahan Lelaki Edar Dadah Di Pusat Hiburan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/polis-bintulu-tahan-lelaki-edar-dadah.html