Polis Britain dedah foto penyerang Manchester Arena

Polis Britain dedah foto penyerang Manchester Arena - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Britain dedah foto penyerang Manchester Arena, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Britain dedah foto penyerang Manchester Arena
link : Polis Britain dedah foto penyerang Manchester Arena

Baca juga


Polis Britain dedah foto penyerang Manchester Arena

LONDON: Polis Britain mendedahkan foto pengebom bunuh diri, Salman Abedi, pada malam dia membunuh 22 mangsa dalam serangan nekad di konsert penyanyi Ariana Grande yang berlangsung di Manchester Arena pada 23 Mei lalu.

Ketua Konstabel Polis Manchester, Ian Hopkins berkata sebuah pangsapuri di tengah bandar juga dipercayai menjadi tempat Abedi menyimpan semua barang dan perantinya.

"Kita dimaklumkan salah satu tempat terakhir dikunjungi Abedi ialah flatnya di pusat bandar dan dari sana dia ke Manchester Arena.

"Flat itu sangat relevan sebagai lokasi yang dipercayai tempat terakhir untuk pemasangan peranti," katanya dalam satu kenyataan media bersama Penyelaras Kanan Kebangsaan Anti Keganasan UK, Neil Basu.

Hopkins dan Basu berkata pihaknya telah mengumpul maklumat penting mengenai Abedi. Antaranya Abedi, 22, ialah seorang rakyat Britain daripada keluarga berketurunan Libya.

Maklumat lain termasuk bagaimana bom itu dibuat, siapa rakan-rakannya, latar belakang kewangan, dan tempat yang dikunjungi.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih memerlukan maklumat daripada orang ramai tentang pergerakan Abedi bermula dari 18 Mei sekembalinya ke Britain.

Siasatan kini melibatkan 1,000 pegawai polis, dan keutamaan adalah untuk menyiasat jika ada ramai lagi individu yang terlibat dalam merancang serangan itu.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis Britain dedah foto penyerang Manchester Arena

Sekianlah artikel Polis Britain dedah foto penyerang Manchester Arena kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Britain dedah foto penyerang Manchester Arena dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/polis-britain-dedah-foto-penyerang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :