Polis Siasat The Star Ikut Akta Hasutan

Polis Siasat The Star Ikut Akta Hasutan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Siasat The Star Ikut Akta Hasutan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Siasat The Star Ikut Akta Hasutan
link : Polis Siasat The Star Ikut Akta Hasutan

Baca juga


Polis Siasat The Star Ikut Akta Hasutan



KUALA LUMPUR: Polis buka dua kertas siasatan mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan terhadap akhbar The Star berhubung penyiaran berita muka depan pada Sabtu lalu yang menyinggung perasaan umat Islam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kertas siasatan itu dibuka berikutan polis menerima banyak laporan berhubung laporan muka depan akhbar berkenaan.

Katanya, siasatan akan berjalan seperti biasa dan mereka yang bertanggungjawab akan dipanggil untuk membantu siasatan.

"Kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab dan keterangan akan diambil untuk mengetahui siapa yang mengeluarkan gambar dan tajuk di halaman pertama akhbar itu Sabtu lalu," katanya selepas penyampaian sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) kepada anggota keselamatan di sini, hari ini.

Khalid berkata, polis juga masih belum mendapat pengesahan mengenai dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Marawi minggu lalu.

"Kita masih menunggu pengesahan pihak berkuasa Filipina berhubung dua rakyat Malaysia yang terkorban itu. "Hasil siasatan polis mendapati ada lima rakyat Malaysia yang terbabit dengan militan itu," katanya.

Sementara itu, laporan AFP yang memetik panglima tentera Filipina hari ini menyebut tiga warga Malaysia dan masing-masing satu dari Indonesia dan Arab Saudi terbunuh dalam pertempuran dengan tentera di Marawi.- BH malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis Siasat The Star Ikut Akta Hasutan

Sekianlah artikel Polis Siasat The Star Ikut Akta Hasutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Siasat The Star Ikut Akta Hasutan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/polis-siasat-star-ikut-akta-hasutan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :