link : Polis Terus Gempur Aktiviti Judi Haram Seluruh Sarawak
Polis Terus Gempur Aktiviti Judi Haram Seluruh Sarawak
KUCHING: Polis Sarawak terus mempergiatkan usaha menggempur perjudian haram di negeri ini dari masa ke semasa.
Dalam operasi yang dijalankan sejak 8 hingga 14 Mei lalu, seramai 39 individu ditahan dalam 17 serbuan di seluruh negeri.
Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 14 tahun hingga 59 tahun terdiri daripada 31 lelaki dan selebihnya wanita.
Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 14 tahun hingga 59 tahun terdiri daripada 31 lelaki dan selebihnya wanita.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dato' Dev Kumar berkata, sebanyak 14 daripada serbuan dijalankan adalah 4D haram.
“Dari 14 serbuan terhadap 4D haram membawa kepada penangkapan 15 individu dan rampasan wang tunai berjumlah RM3, 476, telefon bimbit, kalkulator, mesin cetak mudah alih dan slip pertaruhan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, selain 4D haram, satu serbuan dilakukan terhadap sebuah pusat judi siber di Sri Aman yang membawa kepada penangkapan 3 individu dan merampas 11 komputer dan tablet yang digunakan untuk judi atas talian.
Dalam perkembangan lain, empat lelaki ditahan ketika sedang asyik bermain ‘Holo’ di Limbang.
Jelas Dev satu lagi serbuan ke atas sebuah gelanggang sabung ayam yang dilakukan sepasukan anggota D7 diketuai oleh Insp. Mohd Farid di Jalan Matang, Padawan membawa kepada penahanan seramai 17 individu yang cuba melarikan diri setelah melihat kehadiran anggota polis.
Kesemua yang ditahan akan disiasat bagi kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962.-Sarawakiana
Demikianlah Artikel Polis Terus Gempur Aktiviti Judi Haram Seluruh Sarawak
Sekianlah artikel Polis Terus Gempur Aktiviti Judi Haram Seluruh Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Terus Gempur Aktiviti Judi Haram Seluruh Sarawak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/polis-terus-gempur-aktiviti-judi-haram.html