PPBM: Status Felda. Jadi "Deposit Selamat" UMNO BN Bakal Tamat !

PPBM: Status Felda. Jadi "Deposit Selamat" UMNO BN Bakal Tamat ! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM: Status Felda. Jadi "Deposit Selamat" UMNO BN Bakal Tamat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM: Status Felda. Jadi "Deposit Selamat" UMNO BN Bakal Tamat !
link : PPBM: Status Felda. Jadi "Deposit Selamat" UMNO BN Bakal Tamat !

Baca juga


PPBM: Status Felda. Jadi "Deposit Selamat" UMNO BN Bakal Tamat !

PETALING JAYA: PPBM yakin perubahan politik semasa akan membantunya “menembusi” kawasan Felda, yang digelar “deposit selamat” Barisan Nasional kerana memastikan kemenangan gabungan itu pada setiap pilihan raya umum.

“Felda sebagai deposit selamat BN hanya tinggal sejarah. Masyarakat berubah selari dengan peredaran zaman.
“Jika prestasi Felda baik, peneroka akan terus menyokong BN. Tapi semua tahu apa yang berlaku terhadap Felda,” kata Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Nor, kepada FMT.
“BN mungkin mendapat sokongan kuat di sana satu ketika dulu, tetapi peneroka mampu membuat penilaian sendiri dan sedar segala yang berlaku kepada Felda.”
Beliau berkata masalah kewangan dan dakwaan salah laku dalam pentadbiran Felda menyebabkan ramai peneroka menanggung hutang besar di samping bergelut menyara kehidupan seharian.
Peneroka juga dilanda kekecewaan kerana tidak mendapat pulangan yang setimpal daripada pelaburan mereka dalam Felda Global Ventures Holdings, yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 2012 dan menarik perhatian ramai apabila meraih tawaran awam awal (IPO) sejumlah RM10.5 bilion, kedua terbesar selepas Facebook.
Setiap keluarga peneroka menerima “durian runtuh” berjumlah RM15,000, namun sahamnya terus merudum daripada hampir mencecah RM5 seunit kepada di bawah paras RM2.
Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini juga mencetuskan kebimbangan apabila menyatakan wujud salah guna dana mencecah RM200 juta.
“Walaupun Pengerusi Felda (Tan Sri Shahrir Samad) sudah mengaku ada banyak perkara dalam Felda dilakukan tanpa protokol, ia akan mengambil masa untuk memenangi semula keyakinan peneroka Felda,” kata Kamaruddin.
Beliau berkata setakat ini, peneroka memberi respon positif pada setiap program Pakatan Harapan di kawasan berhampiran Felda.
“Program terpaksa dijalankan di luar kawasan kerana pengurusan Felda tidak memberi kebenaran, namun kehadiran sangat baik dan peneroka keluar daripada Felda untuk menghadirinya,” katanya.
Beliau menafikan dakwaan pengaruh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – kini pengerusi PPBM – di Felda, telah surut.
Malah, katanya, pembangkang kini mempertaruhkan pengaruhnya untuk menarik undi golongan peneroka pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Sejumlah 60 kerusi Parlimen terletak di kawasan Felda, di mana 54 daripadanya dimenangi BN pada PRU 2013. #sumber



Demikianlah Artikel PPBM: Status Felda. Jadi "Deposit Selamat" UMNO BN Bakal Tamat !

Sekianlah artikel PPBM: Status Felda. Jadi "Deposit Selamat" UMNO BN Bakal Tamat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM: Status Felda. Jadi "Deposit Selamat" UMNO BN Bakal Tamat ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ppbm-status-felda-jadi-deposit-selamat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :