link : #PRKPujut : Masih Terlalu Awal Umum Calon - Abang Johari
#PRKPujut : Masih Terlalu Awal Umum Calon - Abang Johari
KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) masing-masing telah menghantar senarai nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, semalam.
Bagaimanapun, Abang Johari berkata, masih terlalu awal untuk beliau mendedahkan senarai nama calon-calon yang disyorkan oleh kedua-dua parti tersebut.
“Senarai sudah ada tetapi kita akan umum nanti kerana hari penamaan calon masih lama iaitu pada 20 Jun.
“Sejujurnya, PRK Pujut ini merupakan satu tugas berat bagi BN, tetapi kami rasa boleh menang,” kata Abang Johari kepada pemberita semalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Pujut adalah pada 4 Julai, manakala hari penamaan calon pada 20 Jun.
Pilihan raya itu diadakan susulan kekosongan kerusi tersebut ekoran pelucutan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon dari DAP sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, baru-baru ini. - UTUSANBORNEO
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #PRKPujut : Masih Terlalu Awal Umum Calon - Abang Johari
Sekianlah artikel #PRKPujut : Masih Terlalu Awal Umum Calon - Abang Johari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #PRKPujut : Masih Terlalu Awal Umum Calon - Abang Johari dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/prkpujut-masih-terlalu-awal-umum-calon.html