link : #PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon
#PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon
KUCHING: Presiden UPP, Dato Sri Wong Soon Koh akan akur dengan keputusan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg untuk meletakkan sesiapa sahaja yang akan menjadi calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut pada Julai nanti.
Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata akan menyerahkan sepenuhnya keputusan Abang Johari selaku Pengerusi BN negeri.
“Kita serahkan kepada Ketua Menteri untuk membuat keputusan bagi menentukan siapa calon yang layak untuk bertanding (di kerusi DUN Pujut) pada PRK nanti,” katanya ketika ditemui di pemberita selepas Persidangan DUN di sini semalam.
Tambah Wong lagi, beliau telah menghantar senarai calon yang berpotensi untuk bertanding di atas tiket BN kepada Ketua Menteri.
“Ya, saya telah menghantar senarai nama (calon untuk DUN Pujut) kepada Ketua Menteri pada minggu lepas dan terdapat beberapa nama calon telah dikemukakan dalam senarai tersebut,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh PRK bagi DUN Pujut akan diadakan pada 4 Julai manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 20 Jun.
PRK itu diadakan selepas kekosongan kerusi DUN Pujut ekoran pelucutan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon. - Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel #PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon
Sekianlah artikel #PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel #PRKPujut: UPP Serah Kepada KM Letak Calon dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/prkpujut-upp-serah-kepada-km-letak-calon.html