Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan

Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan
link : Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan

Baca juga


Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan

Baru-baru ini sahaja ahli penyelidik dari Barat baharu menemui kebaikan dari segi kesihatan sekiranya seseorang itu berpuasa selama tiga hari berturut-turut.
Kelebihan Puasa

Walaupun kebanyakan pakar nutrisi Barat tidak bersetuju dengan amalan berpuasa yang dikatakan sebagai satu kaedah tidak sihat, namun satu kajian yang dilakukan oleh para saintis dari University of Southern California ini membuktikan sebaliknya.

Menurut saintis yang menjalankan penyelidikan tersebut, amalan berpuasa selama tiga hari dipercayai boleh memperbaiki sistem imunisasi terutamanya bagi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

Dalam kajian itu juga menyebut dengan berpuasa juga, golongan warga emas boleh memperbaiki sistem ketahanan badan yang semakin menurun berikutan faktor usia.

Penyelidik mendapati dengan berpuasa ia dapat menambah sel darah putih dalam badan sekali gus dapat memperbaiki sistem ketahanan badan seseorang individu.

Menurut Profesor Sains Biologi dan Penuaan universiti tersebut, Prof Valter Longo, dengan berpuasa ia memberikan masa yang secukupnya untuk membentuk sel baharu yang mampu memperbaiki imunisasi badan.

“Berita gembiranya juga dengan berpuasa, ia dapat membuang terus sel-sel darah yang sudah rosak dan tua.

“Jika anda sistem sel badan anda rosak teruk akibat rawatan kemoterapi atau melalui proses penuaan, dengan berpuasa ia mampu mengembalikan sel baharu yang lebih baik untuk daya ketahanan badan,” kata Prof Valter.

Dalam kajian itu, saintis mendapati dengan berpuasa, ia boleh menurunkan enzim PKA; enzim yang mempercepatkan proses penuaan serta meningkatkan risiko penyakit kanser dan tumor.

BACA INI JUGA: Puasa Nabi Daud Paling Disukai Allah

sumber: mynewshub

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan

Sekianlah artikel Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Puasa 3 Hari Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/puasa-3-hari-boleh-tingkatkan-imunisasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :