Puntung Mungkin Terpaksa "Dimatikan"

Puntung Mungkin Terpaksa "Dimatikan" - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Puntung Mungkin Terpaksa "Dimatikan", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Puntung Mungkin Terpaksa "Dimatikan"
link : Puntung Mungkin Terpaksa "Dimatikan"

Baca juga


Puntung Mungkin Terpaksa "Dimatikan"


KOTA KINABALU: Puntung, badak Sumatera betina yang menarik perhatian dunia pada bulan April lalu menerusi pembedahan pergigian oleh pasukan pakar berbagai negara di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, kini kritikal akibat kanser sel skuamus.

Pengarah Hidupan Liar Sabah (SWD), Augustine Tuuga, berkata bengkak di pipi kiri Puntung membawa kepada pengesanan sesuatu akar gigi yang dijangkiti kuman dan semakin buruk dan dua biopsi dijalankan selepas pembedahan mendedahkan penyakit berkenaan.

"Puntung disahkan menghidap kanser sel skuamus iaitu kanser kulit selepas pembedahan dan dua biopsi dilakukan. Kanser itu telah merebak dengan pantas sejak beberapa minggu lalu. Pakar dari beberapa negara juga bersetuju bahawa ia akan membawa maut, dengan atau tanpa rawatan.

"Sehingga hari ini, Puntung tidak lagi boleh bernafas melalui lubang hidung kiri malah badak betina itu kini berada dalam kesakitan dan keadaan kesihatannya bertambah merosot. Selain menggunakan ubat penahan sakit, tiada apa lagi yang boleh dibuat.

"Oleh itu, kami tiada pilihan untuk mencari alternatif lain kecuali bersetuju dengan nasihat perubatan profesional dan kita telah diberi kuasa untuk membenarkan euthanasia.

"Ini adalah satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun belum pasti, euthanasia ke atas Puntung dirancang dilakukan pada 15 Jun ini. Euthanasia bermaksud mencabut nyawa secara perlahan untuk menamatkan siksa kerana penyakit.

Puntung, badak betina yang ditangkap pada tahun 2011 pernah cuba dibiakkan dengan seekor lagi badak jantan dinamakan Tam, namun gagal disebabkan masalah dalam sistem pembiakannya.

Badak sumbu Sumatera mempunyai jangka hayat kira-kira 35 tahun dengan usia Puntung ketika ini dianggarkan sekitar 25 tahun.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance, Datuk John Payne, berkata ini adalah berita menyedihkan kepada mereka yang terbabit dalam kehidupan Puntung sejak 10 tahun lalu. BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Puntung Mungkin Terpaksa "Dimatikan"

Sekianlah artikel Puntung Mungkin Terpaksa "Dimatikan" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Puntung Mungkin Terpaksa "Dimatikan" dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/puntung-mungkin-terpaksa-dimatikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :