Rafizi Gesa Dua Pemimpin UMNO Jelaskan Hubungan Dengan Wakil Godfrey Group

Rafizi Gesa Dua Pemimpin UMNO Jelaskan Hubungan Dengan Wakil Godfrey Group - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi Gesa Dua Pemimpin UMNO Jelaskan Hubungan Dengan Wakil Godfrey Group, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi Gesa Dua Pemimpin UMNO Jelaskan Hubungan Dengan Wakil Godfrey Group
link : Rafizi Gesa Dua Pemimpin UMNO Jelaskan Hubungan Dengan Wakil Godfrey Group

Baca juga


Rafizi Gesa Dua Pemimpin UMNO Jelaskan Hubungan Dengan Wakil Godfrey Group

PETALING JAYA: Rafizi Ramli hari ini meminta dua pemimpin Umno membuat kenyataan sama ada mereka mempunyai kaitan dengan usaha menggunakan Godfrey Group Limited untuk membayar AS$250,000 (RM1.07 juta) kepada bekas pegawai kempen Presiden Donald Trump untuk melobi kepentingan negara.

Ahli Parlimen Pandan itu dalam kenyataannya mendakwa Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed mengenali individu bernama Florence Goh, yang sebelum ini didakwa Rafizi menandatangani kontrak melobi bagi pihak Godfrey Group.
Rafizi juga merujuk kepada laporan mengatakan Florence adalah presiden badan bukan kerajaan Care United Johor Bahru dan penasihat NGO itu ialah Shahrir.
Rafizi kemudian melampirkan beberapa keping gambar menunjukkan Shahrir atau Jazlan bersama Florence di beberapa majlis penyampaian hadiah anjuran NGO tersebut.
“Saya menyeru Shahrir dan Jazlan membuat kenyataan kerana rakyat berhak tahu apakah kaitan Goh dengan pimpinan Umno sehingga dia boleh mengaku mewakili kerajaan berurusan dengan pelobi di Amerika Syarikat (AS)?
“Jika beliau benar-benar menggunakan nama kerajaan Malaysia seperti dalam penafian pejabat perdana menteri, maka Nur Jazlan sebagai timbalan menteri dalam negeri sepatutnya menjadi orang pertama mengarahkan tindakan undang-undang diambil terhadap Goh,” katanya.
Portal berita AS The Daily Beast melaporkan syarikat The 45 Group milik Healy Baumgardner-Nardone yang pernah menyertai pasukan kempen Trump mengisytihar menerima RM1.07 juta daripada sebuah syarikat beralamat di Johor Bahru dan juga pejabat perdana menteri di Putrajaya.
Pengisytiharan itu wajib di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing di mana sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
Menurut borang rasmi yang difailkan Nardone, bayaran itu dibuat pada 9 Mei 2017.
Portal itu turut melaporkan Malaysia kini berdepan 2 isu dalam hubungannya dengan Washington iaitu tuduhan Malaysia terlibat amalan perdagangan berat sebelah yang merugikan AS dan tindakan pihak berkuasa AS berkenaan skandal 1MDB.
Sebelum ini, Rafizi mempersoalkan keperluan pentadbiran Najib melobi Trump dan menuntut Najib mendedahkan siapa pemilik Godfrey Group.
Menurutnya, carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat itu tidak wujud, sebaliknya terdapat sebuah syarikat yang hampir serupa namanya didaftar dan dimiliki seorang lelaki Cina berusia 70 tahun.
Sementara itu, media masih sedang berusaha mendapatkan komen daripada Shahrir dan Jazlan berhubung dakwaan Rafizi itu. #sumber


Demikianlah Artikel Rafizi Gesa Dua Pemimpin UMNO Jelaskan Hubungan Dengan Wakil Godfrey Group

Sekianlah artikel Rafizi Gesa Dua Pemimpin UMNO Jelaskan Hubungan Dengan Wakil Godfrey Group kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi Gesa Dua Pemimpin UMNO Jelaskan Hubungan Dengan Wakil Godfrey Group dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rafizi-gesa-dua-pemimpin-umno-jelaskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :