Rafizi: Tiada "Tindakan Undang-Undang", Ini Bermakna Dokumen Mesti Betul

Rafizi: Tiada "Tindakan Undang-Undang", Ini Bermakna Dokumen Mesti Betul - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi: Tiada "Tindakan Undang-Undang", Ini Bermakna Dokumen Mesti Betul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi: Tiada "Tindakan Undang-Undang", Ini Bermakna Dokumen Mesti Betul
link : Rafizi: Tiada "Tindakan Undang-Undang", Ini Bermakna Dokumen Mesti Betul

Baca juga


Rafizi: Tiada "Tindakan Undang-Undang", Ini Bermakna Dokumen Mesti Betul

PETALING JAYA: Ketiadaan penafian berbukti daripada mereka yang dinamakan sebagai penerima dana SRC International menyebabkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli percaya tuduhannya, berdasarkan dokumen yang diperoleh dari blog SPRMInsider, adalah benar.

“Jika ada sedikit pun yang tidak benar mengenai dokumen SPRMInsider dan segala pendedahan terperinci yang telah saya buat setakat ini, saya sepatutnya telah ditangkap dan didakwa,” katanya dalam siaran langsung di Facebook hari ini.
“Setakat ini tidak ada seorang pun yang telah saya dedahkan yang telah membuat laporan polis atau pun menyaman saya atau pun menafikannya dengan bukti.”
Ahli Parlimen Pandan itu bulan lepas, menggunakan dokumen yang diperoleh dari SPRMInsider mendakwa sejumlah dana disalurkan ke akan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum dipindahkan ke individu lain.
Antaranya termasuk bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa. Nasharudin menafikan pernah menerima dana itu dan mendapatkan nasihat peguam untuk memulakan tindakan undang-undang atau tindakan yang dianggap wajar, bermanfaat dan mengikut undang-undang.
Rafizi dalam laporan Malaysiakini 3 Mei lalu dipetik sebagai berkata beliau belum terima surat tuntutan atau tindakan undang-undang dari Nasharudin.
“Individu-individu yang paling penting tidak ada seorang pun yang menafikan pendedahan saya,” kata Rafizi petang tadi.
Antara “individu penting” adalah Najib, pembantunya yang Rafizi dakwa menerima RM2 juta dari dana berkaitan SRC, Bank Negara Malaysia yang gagal menyiasat individu yang Rafizi dakwa menunaikan beberapa cek bernilai sehingga RM43 juta dalam masa 3 minggu pada Januari 2015, dan Tabung Haji.
“Apabila tidak ada seorang pun atau pun satu agensi pun yang telah saya namakan secara terbuka – mereka tidak menafikan, mereka juga tidak membuat laporan polis, mereka tidak ada apa-apa komen – saya semakin yakin semua pendedahan itu yang saya ambil dari dokumen SPRMInsider adalah benar.”
“Apatah lagi apabila peguam negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) sendiri enggan menafikan kesahihan dokumen itu,” kata Rafizi.
Beliau merujuk kepada laporan Malaysiakini semalam, mendakwa Apandi tidak mahu memberi repson kepada dokumen yang ditemui di blog SPRMInsider. #sumber


Demikianlah Artikel Rafizi: Tiada "Tindakan Undang-Undang", Ini Bermakna Dokumen Mesti Betul

Sekianlah artikel Rafizi: Tiada "Tindakan Undang-Undang", Ini Bermakna Dokumen Mesti Betul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi: Tiada "Tindakan Undang-Undang", Ini Bermakna Dokumen Mesti Betul dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rafizi-tiada-tindakan-undang-undang-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :