Rakyat Korea Selatan Mengundi Hari Ini

Rakyat Korea Selatan Mengundi Hari Ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Korea Selatan Mengundi Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Korea Selatan Mengundi Hari Ini
link : Rakyat Korea Selatan Mengundi Hari Ini

Baca juga


Rakyat Korea Selatan Mengundi Hari Ini


SEOUL: Rakyat Korea Selatan keluar mengundi hari ini untuk memilih presiden baharu selepas Park Geun-hye digulingkan, ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah serta berdepan ketegangan berkaitan isu nuklear Korea Utara.

Lebih 139,000 pusat membuang undi dibuka pada jam 6.00 pagi waktu tempatan di seluruh negara itu dan jumlah keluar mengundi dijangka mencecah paras rekod. 

Pengundi yang bersemangat selepas didorong rasa marah susulan rasuah berleluasa dan skandal salah guna kuasa yang menjatuhkan Park sekali gus menjadi punca utama terhadap kekurangan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap. 

Bekas peguam hak asasi manusia, Moon Jae-In yang berhaluan kiri mendahului tinjauan pendapat selama berbulan-bulan dengan tinjauan terakhir dikendalikan firma Gallup Korea, sebelum tempoh seminggu kempen dihentikan menunjukkan beliau meraih 38 peratus sokongan diikuti bekas jutawan teknologi, Ahn Chael-Soo sebanyak 20 peratus. 

Sementara itu, wakil Parti Kebebasan Park, Hong Joon-Pyo berada pada kedudukan ketiga dalam saingan membabitkan 13 calon apabila mendapat sokongan sebanyak 16 peratus. 

Kempen pilihan raya lebih tertumpu kepada isu ekonomi manakala perkara berkaitan Korea Utara tidak begitu mendapat perhatian. 

Namun selepas sedekad pemerintahan konservatif, kemenangan Moon mungkin bakal menyaksikan perubahan pendekatan Seoul terhadap Pyongyang dan sekutu penting negara itu, Amerika Syarikat. - AFP
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rakyat Korea Selatan Mengundi Hari Ini

Sekianlah artikel Rakyat Korea Selatan Mengundi Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Korea Selatan Mengundi Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rakyat-korea-selatan-mengundi-hari-ini.html

Subscribe to receive free email updates: