link : Ramalan Najib Manchester United Kalahkan Arsenal Meleset
Ramalan Najib Manchester United Kalahkan Arsenal Meleset
SELAIN sukan golf, Datuk Seri Najib Razak memang diketahui sangat meminati sukan bola sepak dan jersi kegemaran beliau adalah nombor 11.
Sebagai seorang pemimpin nombor satu negara, meskipun Perdana Menteri itu begitu sibuk dengan tanggungjawab terhadap rakyat, namun Najib tidak pernah melepaskan peluang untuk memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak kegemarannya, Manchester United.
Sebelum saingan Liga Perdana Inggeris antara pasukan United dengan Arsenal bermula malam tadi, Najib menerusi laman sosialnya memuat naik status menyatakan keyakinannya terhadap anak buah Jose Mounrinho, mampu memenangi perlawanan tersebut.
"Yakin @ManUtd mampu menang malam ini ! #ManUtdvArsenal #GGMU!," tulis Najib dalam catatan di entrinya yang sehingga kini mendapat 'retweet' lebih 2,700 pengguna Twitter.
Kemaskini dimuat naik Najib menarik perhatian ramai penyokong kedua-dua pasukan, yang antaranya bersetuju dengan ramalan yang dibuat Presiden UMNO itu.
Namun, segelintir daripada 'pihak lawan' menyatakan bahawa masih awal untuk meramalkan kemenangan pasukan United kerana sudah pasti pasukan bimbingan Arsene Wenger akan memberi tentangan sengit.
Berdasarkan rekod, bukan pertama kali Najib memuat naik kenyataan di laman sosial untuk memberi sokongan kepada pasukan United, dan adat pertandingan, menang atau kalah adalah perkara biasa.
Begitu juga dengan perlawanan malam tadi, sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, nampaknya ramalan Najib meleset apabila The Gunners berjaya mengalahkan United 2-0 selepas Granit Xhaka dan Danny Welbeck masing-masing meledak gawang pasukan lawan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates.
Kemenangan Arsenal meletakkan skuad The Gunners kekal bersaing bagi merebut tempat dalam kelompok empat teratas.
Mounrinho mengakui bahawa kekalahan anak buahnya di tangan 'seterunya' itu meletakkan pasukannya dalam situasi 'mustahil' untuk berada dalam kelompok empat teratas, yang mana United kini ketinggalan empat mata di belakang penghuni tangga keempat, Manchester City.
"Mustahil untuk menamatkan saingan di kelompok empat teratas liga. Kami perlu bermain pada Khamis ini (menentang Clet Vigo) dan selepas itu kami bertemu Tottenham tetapi kami tidak turunkan skuad terbaik menentang Tottenham.
"Tiga hari kemudian kami akan menentang Southampton dan selepas itu Crystal Palace. Pasukan lain hanya bermain sekali seminggu," kata Mourinho dipetik sebagai berkata.
Bagi penyokong United dan Arsenal, pertemuan kedua-dua buah kelab itu malam tadi pasti masih punyai taruhan yang bersifat peribadi, namun Wenger menafikan perkara tersebut dan menyifatkan kemenangan ke atas United sebagai reaksi balas anak buahnya susulan kekalahan di tangan Tottenham Hotspur.
"Ia bukan pengurus menentang pengurus. Kami mencatat banyak keputusan seri dan ada beberapa pasukan hebat yang kami temui," katanya memetik AP. - MalaysianDigest
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Ramalan Najib Manchester United Kalahkan Arsenal Meleset
Sekianlah artikel Ramalan Najib Manchester United Kalahkan Arsenal Meleset kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ramalan Najib Manchester United Kalahkan Arsenal Meleset dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ramalan-najib-manchester-united.html