link : Rampas sisik tenggiling RM9.18j di KLIA
Rampas sisik tenggiling RM9.18j di KLIA
SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan dua cubaan menyeludup sisik tenggiling seberat 712 kilogram (kg) bernilai RM9.18 juta, sekali gus menjadi rampasan terbesar setakat ini.
Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Paddy Abd Halim, berkata sisik tenggiling berkenaan dirampas di Gudang Kargo Udara, Zon Perdagangan Bebas, KLIA dalam dua operasi pada 2 dan 3 Mei lalu.
Katanya, operasi berkenaan dijalankan selepas menerima maklumat orang ramai mengenai beberapa guni yang disyaki membawa barang larangan import.
"Bagi kes pertama, barangan itu tiba di gudang KLIA pada 1 Mei lalu dan pegawai kastam yang menjalankan siasatan keesokan harinya mendapati sebanyak lapan guni sisik tenggiling seberat 408 kg bernilai RM5.26 juta.
"Hasil siasatan mendapati guni berkenaan tiba melalui penerbangan Emirates Airways dari Accra, Ghana dan transit di Dubai sebelum tiba di KLIA.
"Sisik tenggiling itu menggunakan alamat palsu yang dicatatkan di Nilai, Negeri Sembilan dan diisytiharkan sebagai produk umum di surat muatan udara," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Paddy berkata, bagi kes kedua pula, barangan itu tiba di KLIA pada 2 Mei lalu dan siasatan lanjut dijalankan pada 3 Mei.
"Sebanyak 10 guni disyaki membawa barang larangan import dan siasatan yang dilakukan mendapati ia tiba melalui penerbangan Kenya Airway dari Kinshasa, Congo kemudian transit di Nairobi, Kenya dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) (UAE) sebelum tiba di KLIA.
"Keseluruhan sisik tenggiling berkenaan adalah seberat 304 kg dan bernilai RM3.92 juta. Siasatan awal menunjukan ia dicatatkan sebagai herba kering dalam surat muatan udara," katanya.-BHOnline malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Rampas sisik tenggiling RM9.18j di KLIA
Sekianlah artikel Rampas sisik tenggiling RM9.18j di KLIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rampas sisik tenggiling RM9.18j di KLIA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rampas-sisik-tenggiling-rm918j-di-klia.html