Rapid KL Buka Klinik Bacaan Al-Fatihah Sepanjang Ramadan

Rapid KL Buka Klinik Bacaan Al-Fatihah Sepanjang Ramadan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rapid KL Buka Klinik Bacaan Al-Fatihah Sepanjang Ramadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rapid KL Buka Klinik Bacaan Al-Fatihah Sepanjang Ramadan
link : Rapid KL Buka Klinik Bacaan Al-Fatihah Sepanjang Ramadan

Baca juga


Rapid KL Buka Klinik Bacaan Al-Fatihah Sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR – Rapid KL menyediakan satu klinik khas kepada orang ramai bagi memantapkan bacaan surah Al-Fatihah di stesen Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek sepanjang bulan Ramadan ini.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini berkata klinik itu dikendalikan tenaga pakar dari Masjid Jamek Kuala Lumpur yang akan mendengar, mengulas dan memantapkan bacaan orang ramai.

Perkhidmatan percuma itu dibuka setiap hari kepada orang ramai pada 2 hingga 6 petang pada hari bekerja dan antara 10 pagi hingga 6.30 petang pada hujung minggu serta cuti umum.

Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Kelana Jaya, Ismail Abdullah berkata program itu diharapkan dapat meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan orang Islam mengenai kepentingan dan kehebatan al-Quran.

“Tentunya tenaga pengajar dari Masjid Jamek itu akan turut sudi menjawab persoalan-persoalan lain tentang agama Islam khususnya dalam pembacaan al-Quran,” katanya.

Ismail berkata stesen Masjid Jamek dipilih kerana ia merupakan antara stesen paling sibuk untuk laluan Kelana Jaya di samping lokasinya yang berhampiran dengan Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Selain itu, Rapid KL turut menyediakan kaunter bayaran zakat di stesen LRT Taman Melati, Gombak dan Bandar Tasik Selatan. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rapid KL Buka Klinik Bacaan Al-Fatihah Sepanjang Ramadan

Sekianlah artikel Rapid KL Buka Klinik Bacaan Al-Fatihah Sepanjang Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rapid KL Buka Klinik Bacaan Al-Fatihah Sepanjang Ramadan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rapid-kl-buka-klinik-bacaan-al-fatihah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :