REMAJA MAUT KENA RENJATAN POWERBANK DI MELAKA

REMAJA MAUT KENA RENJATAN POWERBANK DI MELAKA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul REMAJA MAUT KENA RENJATAN POWERBANK DI MELAKA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : REMAJA MAUT KENA RENJATAN POWERBANK DI MELAKA
link : REMAJA MAUT KENA RENJATAN POWERBANK DI MELAKA

Baca juga


REMAJA MAUT KENA RENJATAN POWERBANK DI MELAKA

Remaja maut kena renjatan powerbank di Melaka! Inilah antara sebab utama ammboi selalu berpesan kepada ahli keluarga mahupun kenalan mengenai bahayanya ‘powerbank’. Jangan guna telefon bimbit ketika dicas samada powerbank atau sebagainya.

Bahaya! Ia memang bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Sebagaimana yang berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Taman Merbok, Bukit Baru, Melaka pagi semalam.

Memetik laporan myMetro, remaja lelaki berkenaan dipercayai terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan ‘powerbank’.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, Syamirremaja ul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya oleh ibu mangsa, Suriah Rahim, 48, dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian disedari ibunya apabila mangsa tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali memaksa pintu dibuka dengan kunci pendua.

“Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan baring sambil menggunakan fon telinga bersambung pada telefon pintar yang dalam keadaan bercas pada sebuah ‘powerbank’.

“Ibu mangsa yang juga seorang jururawat mendapati kesan melecet pada bahagian bahu kiri mangsa dan powerbank berada berdekatan bahu kiri mangsa.

“Dia cuba menggerakkan badan anaknya itu, namun menyedari mangsa sudah tidak bernyawa ,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Salam takziah untuk keluarga mangsa. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Apa yang berlaku diharapkan menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua.

Tags: bahaya powerbank, featured, powerbank, powerbank bahaya, remaja maut powerbank

Category: INFO SEMASA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel REMAJA MAUT KENA RENJATAN POWERBANK DI MELAKA

Sekianlah artikel REMAJA MAUT KENA RENJATAN POWERBANK DI MELAKA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel REMAJA MAUT KENA RENJATAN POWERBANK DI MELAKA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/remaja-maut-kena-renjatan-powerbank-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :