link : Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$97.3 Bilion Pada 15 Mei
Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$97.3 Bilion Pada 15 Mei
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$97.3 bilion (bersamaan dengan RM430.5 bilion) pada 15 Mei, 2017, berbanding US$96.1 bilion (bersamaan dengan RM425.2 bilion) yang dicatatkan pada 28 April, 2017.
BNM, dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.8 bulan import tertangguh dan merupakan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang (US$90.7 bilion), paras Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan aset rizab lain (US$3.1 bilion).
Aset bank pusat termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM430.47 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM3.69 bilion), Deposit dengan Institusi Kewangan (RM3.26 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.83 billion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM7.80 bilion).
Liabilitinya termasuk modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM149.19 bilion), mata wang dalam edaran (RM99.06 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM174.17 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM10.23 bilion), deposit-deposit lain (RM581.86 juta), kertas Bank Negara (RM8.52 bilion) , peruntukan SDR (RM8.08 bilion) dan liabiliti lain (RM5.23 bilion). - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$97.3 Bilion Pada 15 Mei
Sekianlah artikel Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$97.3 Bilion Pada 15 Mei kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$97.3 Bilion Pada 15 Mei dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rizab-antarabangsa-bnm-berjumlah-us973.html