RM23.5 Bilion Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup Sejak 2011

RM23.5 Bilion Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup Sejak 2011 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM23.5 Bilion Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup Sejak 2011, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM23.5 Bilion Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup Sejak 2011
link : RM23.5 Bilion Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup Sejak 2011

Baca juga


RM23.5 Bilion Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup Sejak 2011

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membelanjakan lebih RM23.5 bilion bagi mengurangkan beban kewangan rakyat melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kos Sara Hidup (COL) sejak diperkenalkan pada 2011.

Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016, bantuan diberikan melalui bantuan segera dan bantuan jangka pendek seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M).

“Bantuan NKRA COL juga diberikan melalui peningkatan ketersediaan dan kebolehcapaian kepada kemudahan awam seperti Klinik 1Malaysia (K1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kafe Rakyat 1Malaysia (KFR1M) dan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KK1M).” menurut laporan itu.

Laporan menyebut sejumlah RM19.33 bilion telah diagihkan melalui BR1M sejak 2012.

Pada 2016, sejumlah 7.28 juta rakyat menerima antara RM400 hingga RM1,050 bergantung pada tahap pendapatan dan keperluan isi rumah masing-masing, menjadikan keseluruhan pemberian berjumlah RM5.36 bilion iaitu pencapaian 100 peratus sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahun itu.

Dalam usaha meningkatkan akses barangan asas, sejak 2012, BB1M telah membantu 6.4 juta pelajar peringkat tertiari, termasuk pelajar Tingkatan 6, dalam pembelian buku teks kursus melalui baucar buku bernilai RM250 seorang.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut menyatakan kerajaan akan membuka dan menaik taraf premis KR1M sedia ada sebagai usaha menyeragamkan harga barangan keperluan terkawal seluruh negara.

“Versi mudah alih KR1M turut diperkenalkan di kawasan luar bandar dan pedalaman, yang memberikan lebih banyak pilihan produk dengan harga yang berpatutan,”menurut laporan itu,

Dalam usaha memberi rakyat akses kepada penjagaan kesihatan yang mampu dinikmati, sejak tahun 2010, sebanyak 26, 744, 887 lawatan telah dibuat ke klinik K1M.

“Pada 2016, sebanyak 20 klinik K1M baharu daripada sasaran 33 buah untuk tahun itu telah memulakan operasi. Ini menjadikan jumlah lawatan ke klinik K1M sebanyak 6.47 juta, iaitu peningkatan sebanyak 6.1 peratus daripada 6.1 juta lawatan pada tahun 2015,” menurut laporan itu. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel RM23.5 Bilion Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup Sejak 2011

Sekianlah artikel RM23.5 Bilion Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup Sejak 2011 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM23.5 Bilion Untuk Kurangkan Kos Sara Hidup Sejak 2011 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rm235-bilion-untuk-kurangkan-kos-sara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :