link : Rossi Cedera Terbabit Kemalangan Motorcross
Rossi Cedera Terbabit Kemalangan Motorcross
ROM: Bintang MotoGP, Valentino Rossi cedera pada dada dan perut, selepas terbabit kemalangan dalam sesi latihan motocross, umum pasukan Yamaha.
Pelumba berusia 38 tahun itu cedera ketika menunggang pada program di Mondavio di Pesaro Urbino, berdekatan Rimini.
"Dia dibawa ke hospital tempatan untuk pemeriksaan lanjut, sebelum disahkan cedera ringan di bahagian dalaman perut dan dada.
"Tiada keretakan dikesan di mana-mana bahagian badan dan kecederaan fizikal yang serius ditemui. Laporan perubatan seterusnya akan dikeluarkan pada Jumaat," kata kenyataan pasukan.
Rossi tersingkir dari Grand Prix (GP) Perancis di Le Mans pada pusingan terakhir hujung minggu lalu untuk memberikan kemenangan kepada rakan sepasukan, Maverick Vinales dan berada di kedudukan ketiga kejuaraan dunia.
Tidak jelas sama ada Rossi akan cukup cergas untuk mengambil bahagian pada GP Itali di Mugello, minggu depan. AFP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Rossi Cedera Terbabit Kemalangan Motorcross
Sekianlah artikel Rossi Cedera Terbabit Kemalangan Motorcross kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rossi Cedera Terbabit Kemalangan Motorcross dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rossi-cedera-terbabit-kemalangan.html