link : Rumah Putih `Diceroboh'
Rumah Putih `Diceroboh'
NEW YORK: Rumah Putih berhadapan kritikan kemungkinan berlaku pencerobohan selepas membenarkan jurugambar perkhidmatan berita Russia memasuki Pejabat Oval untuk merakamkan gambar Presiden Donald Trump dan dua orang pegawai atasan Russia.
Walaupun pentadbiran tidak mengendahkan ancaman, pegawai kanan mengakui Rumah Putih keliru mengenai peranan jurugambar berkenaan, yang sebenarnya bekerja dengan agensi berita dikendalikan kerajaan.
Jurugambar itu yang berdiri tidak jauh daripada Trump ketika beliau berbual dengan Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov dan Duta Russia ke Amerika Syarikat, Sergey Kislyak, memberitahu Rumah Putih, beliau adalah jurugambar rasmi Lavrov.
Namun, Kislyak tidak memberitahu beliau juga bekerja untuk agensi berita Tass. Pegawai Rumah Putih terkejut apabila gambar menunjukkan detik ceria antara Trump dan dua pegawai Russia itu muncul di atas talian tidak lama selepas pertemuan terbabit.
Gambar itu menyebabkan sebahagian pemerhati bimbang, terutama ia berlaku sehari selepas Trump memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, yang menyiasat sama ada kempen Trump ada kaitan dengan pegawai Russia. - AP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Rumah Putih `Diceroboh'
Sekianlah artikel Rumah Putih `Diceroboh' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rumah Putih `Diceroboh' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rumah-putih-diceroboh.html