Russia Nekad Cuba Campur Tangan Dalam Pilihan Raya AS

Russia Nekad Cuba Campur Tangan Dalam Pilihan Raya AS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Russia Nekad Cuba Campur Tangan Dalam Pilihan Raya AS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Russia Nekad Cuba Campur Tangan Dalam Pilihan Raya AS
link : Russia Nekad Cuba Campur Tangan Dalam Pilihan Raya AS

Baca juga


Russia Nekad Cuba Campur Tangan Dalam Pilihan Raya AS


WASHINGTON: Bekas Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Brennan, berkata keadaan semakin jelas Russia cuba campur tangan dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau juga memberi amaran kepada ketua perkhidmatan keselamatan Russia, FSB, bahawa campur tangan seperti itu akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

"Sepatutnya jelas kepada semua orang Russia secara nekad campur tangan dalam proses pilihan raya presiden 2016 dan meneruskan aktiviti itu di sebalik bantahan keras kami dan amaran supaya mereka tidak melakukannya," kata Brennan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan AS.

Brennan juga percaya beliau ialah pegawai AS pertama membangkitkan perkara campur tangan pilihan raya dengan Russia, merujuk pertemuan pada 4 Ogos tahun lalu dengan ketua FSB, Alexander Bortnikov.

Katanya, beliau membangkitkan laporan media yang disiarkan mengenai cubaan Russia campur tangan dalam pilihan raya dengan pegawai Kremlin, yang menafikan sebarang pembabitan Moscow.

Brennan berkata, beliau memberi taklimat kepada bekas Presiden Barack Obama dan pegawai atasan lain, dan membincangkan perkara itu dengan pemimpin Kongres Republikan dan Demokrat pada Ogos dan September lalu.

Agensi perisikan AS merumuskan pada Januari bahawa Moscow cuba memastikan kemenangan kepada calon Republikan, Donald Trump, termasuk menggodam emel dan membocorkan emel tokoh kanan Demokrat. - Reuters
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Russia Nekad Cuba Campur Tangan Dalam Pilihan Raya AS

Sekianlah artikel Russia Nekad Cuba Campur Tangan Dalam Pilihan Raya AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Russia Nekad Cuba Campur Tangan Dalam Pilihan Raya AS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/russia-nekad-cuba-campur-tangan-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :