Saintis China Lepasi Ujian 71,000 Voltan

Saintis China Lepasi Ujian 71,000 Voltan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saintis China Lepasi Ujian 71,000 Voltan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saintis China Lepasi Ujian 71,000 Voltan
link : Saintis China Lepasi Ujian 71,000 Voltan

Baca juga


Saintis China Lepasi Ujian 71,000 Voltan



BEIJING: Selama bertahun-tahun, saintis merumuskan bahawa badan manusia hanya mampu menampung 50,000 voltan elektrik statik.

Namun seorang saintis di China membuktikan bahawa tanggapan tersebut adalah salah apabila beliau berjaya melepasi 71,000 voltan menerusi badannya dan masih hidup untuk menceritakan pengalamannya.

Liu Shangshe, seorang saintis dari Akademi Kejuruteraan China di Beijing, baru-baru ini, terlibat dalam ujian elektrik statik yang boleh membahayakan nyawanya.

Dalam eksperimen kontroversi itu, beliau mahu menguji jumlah voltan yang mampu ditampung oleh tubuh manusia dan ternyata jumlahnya mencecah 71,000 voltan.

Menurut media China, pembantu Shangshe memulakan ujian dengan 20,000 voltan sebelum menaikkan kuasa elektrik itu secara berperingkat.

Portal South China Morning Post melaporkan, Shangse merupakan seorang daripada pakar keselamatan elektrik statik dengan memiliki lebih 50 tahun pengalaman dalam bidang saintifik itu.

Beliau menceburi bidang itu pada 1983 selepas mendapati ramai orang awam meninggal dunia akibat kejutan elektrik pada setiap tahun.

Malah bagi mencari jawapan yang lebih saintifik, Shangshe tidak pernah gentar untuk membahayakan nyawanya sendiri ketika melakukan kajian.

Bekerja dengan bahan berbahaya seperti gas dan material lain menyebabkan tahap kesihatannya terjejas sejak beberapa tahun lalu termasuk mengurangkan darah putihnya lebih daripada separuh.

Selain itu, beratnya juga turun mendadak di bawah paras yang sesuai dengan ketinggiannya.

"Bagi memahami elektrik statit, saya tidak pernah mengenal erti putus asa," kata saintis berpengalaman itu.

Selain menguji daya ketahanan tubuh manusia apabila terkena renjatan elektrik, Shangse juga menguji peralatan yang dibangunkan untuk mengukur jumlah elektrik statit yang mengalir dalam tisu manusia. - mStar

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Saintis China Lepasi Ujian 71,000 Voltan

Sekianlah artikel Saintis China Lepasi Ujian 71,000 Voltan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saintis China Lepasi Ujian 71,000 Voltan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/saintis-china-lepasi-ujian-71000-voltan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :